Bab 1

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 1

Setiap petang pelajar pelajar diwajibkan untuk keluar beriadah. Petang itu, aku joging seorang diri. Kesemua kawanku ingin bermain bola jaring jadi tiada sesiapa yang dapat menemani ku.

Kawasan untuk berjoging di sekolahku merupakan di bahagian belakang dimana biasanya kawasan itu digunakan untuk pelajar berkhemah. Di belakang sekolahku terdapat perkuburan Islam. Seram juga sebenarnya berjoging seorang diri di sini.

Sedang aku berjoging, tiba tiba seorang gadis muncul di sebelahku. Setahu aku semasa aku mula berjoging tiada sesiapa di belakangku. Lajunya dia berlari. Aku mula berasa cemas. Pelbagai cerita seram tentang kawasan joging muncul di fikiranku. Tapi aku cuba menenangkan diri.

Dia berpaling ke arahku dan melemparkan sekuntum senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya. Sepanjang 4 tahun aku belajar di sekolah ini, tidak pernah aku melihat gadis ini. Pelajar baru barangkali.

Aku melihat seperti dia ingin berbicara denganku. Jadi aku berhenti daripada berjoging. Rupanya memang benar sangkaanku. Dia ingin berkenalan dan menjadi kawanku. Namanya Diana. Mujurlah dia bukan hantu.

Jam sudah menunjukkan pukul 5:53pm. Aku memutuskan untuk pulang ke dorm apabila melihat pelajar pelajar lain tiada di padang. Aku mengajak Diana pulang bersama, tetapi dia enggan. Sebelum berpisah, dia meminta nombor telefonku.

Tanpa membuang masa. Aku memberi nombor telefonku kepadanya. Selepas itu aku segera berjalan pantas untuk pulang ke dorm. Aku berpaling ke belakang untuk melihat Diana. Tetapi Diana tiada. Mungkin dia melalui laluan lain.

Malam itu, Diana menghantar mesej kepadaku. Dia menyuruh aku menyimpan nombornya. Selepas itu, dia senyap tanpa sebarang khabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience