Bab 3

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 3

"Mira, awal awak bangun."

Diam.

"Kenapa diam je?"

Diam.

"Awak tak sihat ke? Kenapa muka awak.."

Eh dah pengsan. Takut tengok muka aku? Kesian.

* * * * * * * * * *

Lima tahun berlalu. Kisah Mira yang hilang ditutup begitu sahaja apabila pencariannya menemui jalan buntu. Tina, teman sebilik Mira menjadi gila sebaik sedar dari pengsan.

"Korang nak tahu satu cerita tak?" Damia membuka mulut. Sengaja ingin menceriakan keadaan apabila melihat kawan kawannya diam dari tadi.

"Apa dia? Aku okay je." Farah membalas dengan muka yang bersungguh sungguh.

Aina dan Aini hanya menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju. Mereka merupakan sepasang kembar seiras.

"Dulu, ada seorang pelajar perempuan kat sekolah ni, nama Mira hilang secara tiba tiba. Ramai orang cakap dia kena culik bunian dan macam macam lagi lah. Yang pasti sampai sekarang tak jumpa. Roommate dia Tina menjadi gila selepas sedar dari pengsan ketika malam Mira hilang." Damia bercerita bersungguh sungguh sekali. Semua kawannya terlopong mendengar cerita itu.

"Mana kau tahu cerita ni?" Tanya Aina dengan muka kehairanan. Risau juga jika kawannya itu cuma menipu.

"Kakak aku yang cerita. Dia dulu sekolah kat sini jugak. Mira ngan Tina tu geng dia." Balas Damia bersahaja. Baginya itu terpulang pada kawan kawannya samaada ingin percaya atau tak.

"Eh eh. Tengok budak tu, nama dia pun Mira. Entah entah dia tu jelmaan Mira yang hilang." Farah berkata. Farah memang nakal, dia selalu kenakan orang.

"Boleh jadi jugak. Aku tengok dia pendiam, kawan pun takde. Kesian kan?" Aini menyokong Farah.

"Ni, buat apa nak kesian kat hantu. Kan dah mati. Tukar kesian kau tu jadi padan muka." Kata kata Aina menyebabkan mereka berempat ketawa terbahak bahak. Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang memandang ke arah mereka.

Memandangkan malam ini adalah malam minggu, jadi selepas solat Isyak pelajar dibenarkan pulang ke dorm. Namun begitu, ramai yang memilih untuk menghabiskan masa malam minggu dengan bersiar siar di sekeliling maktab. Farah, Damia, Aina dan Aini memilih untuk duduk di dorm.

Mereka pulang ke dorm awal kerana ingin menjalankan operasi. Mereka berempat berjalan ke arah dorm pelajar tingkatan 4.

"Dik. Mira duduk bilik berapa?" Tanya Aini.

"Mira? Form berapa? Kalau form 4 takde nama Mira." Kata pelajar itu.

"Ouh yeke? Takpelah kalau macam tu." Aini membalas sambil menghulurkan senyuman.

Mereka berempat berhasrat ingin pulang ke bilik. Namun langkah mereka terhenti apabila melihat Mira berjalan menuju ke tandas. Mereka berempat memanggil Mira.

"Mira. Mira. Tunggu." Jerit mereka berempat.

Setelah beberapa kali memanggil, akhirnya Mira berhenti. Mungkin Mira ada masalah pendengaran.

"Akak. Saya sakit perut ni. Akak bagi nombor phone, nanti saya mesej akak." Kata Mira sambil mengeluarkan telefon Nokia 3100.

Mereka berempat memandang Mira dengan kehairanan. Selepas memberi nombor telefon mereka kepada Mira mereka berlalu pergi.

"Nokia abad ke berapa tu?" Damia bertanya. Setahunya sekarang telefon Nokia sebegitu sudah tidak wujud.

"Entah. Maybe family dia kumpul phone lama kot." Aina membalas.

Mereka berjalan pulang ke bilik dan menunggu Mira menghantar mesej kepada mereka.

* * * * * * * * * *

Aku tersenyum selepas berjaya mendapatkan nombor telefon mereka berempat. Akhirnya aku berjaya mendapat mangsa baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience