Bab 5

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 5

Damia.

Sedang aku kusyuk melayan novel, telefon ku berdering menandakan ada mesej masuk. Rupa rupanya Farah yang menghantar mesej.

Mia, kau datang kat bilik Mira jap. Mira nak jumpa. Tapi dia suruh kau datang sorang, jangan ajak Aina ngan Aini. Bilik dia nombor 01-17.

Aku terus membalas mesej itu. Tanpa berlengah, aku menapak keluar dari bilik dengan perlahan agar Aini dan Aina tidak menyedarinya.

"Kau nak pergi mana? Nanti kalau Mira text susah pula aku nak cari." Kata Aini tanpa memandang ke arahku. Peka betul pendengarannya.

"Aku bawa phone. Nanti kau text je aku. Aku nak pergi toilet jap." Aku menipu. Sebelum semakin banyak soalan yang diajukan, aku melangkah keluar. Aku ingin cepat sampai ke bilik Mira.

Setibanya di bilik Mira, aku terus masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Mungkin mereka tidak kisah kerana mereka sudah tahu kedatanganku. Namun, aku hairan kerana tiada satu pun lampu bilik itu yang terpasang.

Aku segera memetik suis lampu dan kipas. Keadaan di dalam bilik lengang. Tiada sesiapa. Mungkin Mira dan Farah keluar sebentar. Jadi aku berbaring di atas salah sebuah katil sementara menunggu kedatangan mereka. Aku membuka untuk membaca novel.

Suhu bilik yang tadinya sejuk kini semakin panas. Aku memandang ke arah kipas. Masih terpasang. Seingat aku, aku sudah setkan kipas pada kelajuan maksimum. Tapi mengapa masih panas? Aku menganggap itu perkara normal.

Aku ingin menghantar mesej kepada Farah bahawa aku sudah sampai. Semasa aku membuka 'coversation' aku dengannya, aku terpandang nombor bilik yang Farah tulis. 00-17. Seingat aku, ini bilik Mira yang hilang dan tiada sesiapa yang duduk di dalam bilik ini selepas kejadian itu. Aku gementar, dalam hatiku menyumpah seranah kepada Farah kerana mengenakan aku.

Tiba tiba pintu bilik dikuak dari luar. Belum sempat aku berpaling ke belakang, lampu dan kipas ditutup. Keadaan menjadi gelap dan tiada sebarang bunyi kedengaran, cuma bunyi dengungan sahaja. Mungkin Farah sengaja ingin mengusikku.

Aku terkejut kerana terasa getaran. Rupa rupanya datang dari telefon bimbitku. Aku membuka mesej.

Anda pernah melihat sesuatu yang dipotong oleh gergaji? Jika tidak, adakah anda ingin mempunyai pengalaman itu?

Sila jawab dalam masa 10 minit selepas anda membaca mesej ini.

Aku berkira kira untuk membalas mesej itu daripada nombor yang tidak dikenali itu. Apabila sudah memikirkan jawapan yang sesuai, aku terus membalas mesej dengan senyuman yang lebar.

Tak pernah. Kalau boleh nak juga ada pengalaman badan saya dikerat oleh gergaji. Haha ><

Selepas membalas mesej, aku memanggil Farah dan Mira. Namun tiada sahutan. Aku bangun dari baring untuk membuka lampu. Belum sempat kakiku mencecah lantai, telefonku bergetar sekali lagi.

Permintaan anda akan kami penuhi. Sila tunggu giliran.

Aku mula berasa takut dengan mesej berbaur ugutan itu. Aku memijak lantai, hanya satu di fikiranku, aku ingin keluar dari bilik ini. Farah sudah keterlaluan kerana mengusikku dengan cara begini.

Semasa aku hendak turun dari katil, aku terasa seperti kakiku memijak sesuatu yang lembik dan basah. Aku yakin bahawa aku tidak memijak lantai. Aku mengangkat kaki ku ke atas katil kerana khuatir aku memijak katak atau binatang berbahaya.

Aku menyuluh lampu ke tempat yang aku pijak sebentar tadi. Jantungku hampir tercabut kerana aku melihat sekujur tubuh yang berulat dan dipenuhi darah terbaring di lantai. Matanya yang merah tepat memandang ke arahku.

Aku cuba menjerit namun kerana terlalu takut, jeritanku tersekat di trakea. Perlahan lahan makhluk itu bangun dan mendekatiku. Aku tidak berdaya hendak bergerak. Terasa seperti seluruh anggota badanku digari. Aku terasa amat sukar untuk bernafas dan akhirnya semua menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience