BAB 2

Romance Completed 12031

“Aku lama sebab aku cari baju untuk event tu.”

“So, kau dah jumpa?” soal Wani.

“Dah. Ini dia.” Arelia memberikan shopping bag kepada Wani.

“Cantik. Pandai kau pilih. Aku belum beli lagi,” tutur Wani. Apabila dia terlihat tag harga baju itu, matanya terbeliak. Tidak percaya dengan harga beratus-ratus ringgit yang dilihatnya.

“Lia! Mahalnya baju ni. Kenapa kau beli baju macam ni? Tak membazir ke?”

Arelia memandang Wani. Dia tahu baju yang dibelinya sangat mahal. Dia pun merasa hal yang sama. Tapi, untuk memastikan rancangannya berjalan lancar, dia perlu mengeluarkan modal. Alah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

“Tak apa. Bukan selalu pun. Besides, I want to look amazing and stunning that night. Aku nak tarik perhatian semua jejaka tampan kat majlis tu nanti.” Arelia memasang angan-angan yang tinggi. Dan dia akan memastikan angan-angannya itu menjadi kenyataan.

Wani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Arelia. Masih lagi rupanya dia berangan. Kononnya nak tackle lelaki kaya. Bila ditanya mengapa, mudah sahaja jawapannya. Dia ingin memastikan masa depannya terjamin. Pasal cinta, belakang cerita. Boleh dipupuk apabila berkenalan kelak.

Bagi Wani, Arelia bukan la seorang yang materialistik. Sahabat merangkap teman serumahnya itu sangat baik. Cuma, Arelia sebenarnya melakukan sesuatu untuk menghapuskan kenangan silamnya dahulu. Tidak ingin diri ditimpa nasib yang serupa. Arelia dan ibunya telah melalui fasa kesukaran dalam hidup mereka.

Ibunya dihalau dari rumah kerana berkahwin dengan lelaki miskin dan tidak dipersetujui oleh datuk dan neneknya. Disangka cinta sahaja sudah cukup untuk memberi kebahagiaan, namun segalanya cuma kebahagiaan sebentar yang tidak ubah seperti mimpi indah. Segalanya berubah sekelip mata. Hidup Arelia dan ibunya terseksa.

Ayahnya menjadi seorang kaki pukul dan sentiasa mengasari ibunya. Mujur, Arelia dan ibunya melarikan diri dan memulakan kehidupan baru. Setelah itu, khabar tentang ayahnya tidak diketahui lagi sama ada hidup atau mati.

“Lia, kalau aku tanya kau something boleh?”

Arelia merasa hairan. Seperti ada sesuatu di sebalik pertanyaan Wani.

“Boleh. Apa dia?”

“Kalau contoh la kau jatuh cinta bukan dengan lelaki kaya macam mana? Maksud aku yang sederhana aje.” Wani ingin tahu jawapan Arelia. Sebelum ini, hanya lelaki kaya sahaja yang diinginkan oleh sahabatnya itu,

“Entah la. Aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku akan pastikan target plan aku berjalan lancar.”Arelia tidak sabar menanti tibanya hari yang ditunggu-tunggu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience