BAB 8

Romance Completed 12031

Suatu hari, Izhan mengajak Arelia berjumpa di sebuah taman. Mereka berdiri di tepi tasik sambil menghayati pemandangan. Izhan berpusing ke kanan menghadap Arelia yang berdiri di sebelahnya.

“Lia, saya ada benda penting nak beritahu awak.”

“Apa dia?” Arelia menumpukan perhatian kepada Izhan.

“Dalam masa tiga bulan saya kenal awak, saya rasa sesuatu. Sesuatu yang belum pernah saya rasai sebelum ni. I think I definitely fall in love with you,” ujar Izhan dengan tenang dan lancar.

Arelia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa. Dia agak gembira kerana Izhan ternyata mencintainya. Tapi pada masa yang sama dia seperti geram dengan dirinya yang membiarkan hatinya dimiliki oleh lelaki ini. Ya. Dia mula membuka hatinya kepada Izhan. Lia, kau kena ingat yang Izhan bukan la lelaki yang kau idamkan. Dia tiada ciri utama yang kau nak. Izhan lengkap segalanya. Baik, menghormati dirinya dan terdapat keserasian antara mereka. Cuma, dia bukan berasal dari golongan yang kaya. Arelia tahu bahawa dia perlu membuat keputusan. Keputusan yang terbaik.

“Han, saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa saya tak boleh balas cinta awak. Saya takkan bersama awak.”

“Kenapa Lia? Awak tak cintakan saya?” soal Izhan.

Arelia terdiam. Dia sebenarnya mencintai Izhan namun dia seperti terjerat dengan janjinya sendiri. Dia telah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak ingin mengambil risiko dalam hidupnya. Dia inginkan yang terbaik untuk dirinya dan ibunya. Pengalaman hidup mengajarnya lebih berhati-hati terutamanya soal hati dan perasaan.

“Anggap aje yang kita tak ada jodoh. Saya pergi dulu. Terima kasih Han atas segala-galanya,” kata Arelia sebelum berpaling ingin meninggalkan Izhan. Sakit apa yang dirasainya tapi dia terpaksa.

“Awak nak cari lelaki kaya kan? Awak tak nak sejarah berulang kembali. Lia… Awak cintakan saya. Awak tahu tu. Awak tak boleh bohong. When a boy is in love, you can see it in his eyes. When a girl is in love, you can see it in her smiles. And I can see love in your smile, Lia. Betul kan apa yang saya cakap ni.” Izhan berkata dengan suara yang sedikit ditinggikan.

Arelia terhenti. Dia berpusing ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience