BAB 10

Romance Completed 12031

Cahaya bilik menyilaukan mata Arelia lalu perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia melihat ruang sekeliling. Sepertinya dia berada di hospital. Kemalangan! Arelia menyedari yang dia terlibat dengan kemalangan.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Izhan tersenyum kepadanya.

“Awak dah bangun. Awak rehat ya. Awak accident. Mujur tak teruk sangat. Kenapa awak ada di depan galeri saya?”

Arelia menggenggam kedua-dua tangannya. Dia tidak tahu cara untuk menyampaikan tujuannya datang ke galeri lelaki itu.

“Saya nak jumpa awak.” Ucap Arelia pendek. Dia perlu memberitahu Izhan. Dan Izhan perlu mengetahuinya.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Saya dah buat keputusan yang salah. Saya tak tahu apa yang harus saya buat. Tapi sekarang saya pasti. Saya pasti yang awak adalah jodoh saya. Saya cintakan awak Han.” luah Arelia dari lubuk hatinya. Dia mencintai Izhan dan dia mengambil keputusan untuk menerima Izhan seadanya.

“Awak terima saya biarpun saya tak kaya? Bukan anak Datuk atau CEO?”

“Ya. Saya terima awak tak kisah awak bukan anak Datuk atau CEO sekalipun. Awak tak berharta atau miskin sekalipun. Saya terima awak apa adanya. Maafkan saya Han sebab saya buta selama ni. Saya tak nampak tulusnya cinta awak,”kata Arelia dengan sendu.

“Tak apa Lia. Awak tak salah pun. Tak perlu minta maaf. Awak buat semua tu sebab awak nak yang terbaik untuk masa depan awak. Awak tak nak lalui kesengsaraan lagi dalam hidup awak.” Izhan tersenyum manis. Cintanya diterima oleh gadis pertama yang menghuni relung hatinya.

“Cuma saya nak awak jumpa seseorang. Seseorang yang awak pernah jumpa sebenarnya,” tutur Izhan dan pintu dibuka. Wani dan seorang lelaki melangkah masuk. Arelia mengenali lelaki itu. Dia? Apa dia buat kat sini?

“Hai Cik Arelia. Awak tentu ingat saya lagi kan. Remember the event?” ucap lelaki itu.

Arelia mengimbau kenangan pada malam majlis itu. Ya. Lelaki ini adalah anak Datuk Harun.

“Ya, saya masih ingat. Awak buat apa kat sini?” Arelia hairan melihat kedatangan lelaki itu.

“Sebenarnya saya Fareez, setiausaha dan PA kepada anak Datuk Harun. Awak dah salah anggap sebenarnya.” Fareez tidak sempat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia telah ditelefon oleh bos muda untuk diarahkan membuat sesuatu.

Arelia terkilan. Jadi, dia bukan anak Datuk Harun. Habis tu, siapa anak Datuk Harun yang sebenarnya?

“Dan Cik Arelia mesti tertanya-tanya siapa anak Datuk Harun kan. Untuk pertanyaan tu saya serahkan kepada lelaki ni.” Jarinya menghala ke arah Izhan, Berkerut kening Arelia. Apa kena mengena Izhan dalam hal ni?

“Lia, saya belum pernah kan bagi name card saya kat awak. Ini dia.” Izhan menghulurkan sekeping name card kepada Arelia. Arelia menyambut huluran itu dan matanya melihat maklumat yang ada di atasnya. Dan dia melihat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience