BAB 5

Romance Completed 12031

Selepas sejam kemudian, Arelia berasa bosan dan mengambil keputusan berjalan keluar untuk mengambil angin. Langkah kakinya menuju ke bahagian kolam renang yang dihubungkan terus dari dewan hotel itu melalui satu laluan. Tidak sampai sepuluh minit, Arelia kini berada di kawasan kolam renang. Dia telah cuba berbual dengan beberapa lelaki kaya yang bersendirian dan tidak mempunyai pasangan, namun semuanya gagal. Sepatah dua kata dan seterusnya sepi begitu saja. Satu hal yang dapat dirumuskannya tentang anak orang kaya. Sombong dan berat mulut. Mungkin dia bukan la sesiapa untuk diajak berbual. Cuma gadis biasa.

Arelia baru menyedari yang sebenarnya dia tidak bersendirian di situ. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri sambil ulang alik ke kiri dan kanan. Seperti orang yang sedang dalam masalah. Arelia memandang penampilan lelaki itu. Simple saja. Memakai jeans dan t-shirt hitam. Kelihatan seperti orang biasa. Arelia mendekatinya.

“Awak buat apa kat sini?” Arelia bertanya. Terkejut lelaki itu mendengar pertanyaan tiba-tiba Arelia yang memeranjatkannya.

“Sorry… Sorry… Saya tak sengaja.”

“Tak apa. Saya yang over pula. Awaak tanya apa tadi? Apa saya buat kat sini… Ahh… saya tengah tunggu kawan saya. Ya. Tunggu kawan,” jawabnya.

“Ohh… Awak bukan tetamu kat majlis tu?”

“Majlis syarikat tu ke? Tak, tak. Saya bukan tetamu.” Lelaki itu menjawab pertanyaan Arelia sambil mata tidak lepas memandang telefon bimbit.

“Saya Arelia. Saya sebenarnya tetamu kat majlis tu. Tapi bosan la. Tu yang saya jalan-jalan,” cerita Arelia.

“Saya Izhan. Just call you…”

“Lia. And you?”

“Han.”

Mereka berbual-bual seketika. Banyak benda yang dibualkan. Arelia tidak menyangka Izhan seorang yang berpengetahuan luas. Lucu pun ada. Izhan turut merasakan hal yang sama dengan Arelia.

“Awak tahu tak tadi saya berbual sekejap dengan anak lelaki Datuk Harun. And guess what. Dia sombong tahu tak. Tahu la yang dia tu CEO, tapi cuba peramah sikit. Mungkin dia layan orang-orang yang seangkatan aje dengan dia kut,” luah Arelia. Walaupun dia ingin mendapatkan lelaki kaya, tapi kalau sombong sangat… Hmm… Tak nak juga.

Izhan tergelak kecil. Arelia memandang Izhan yang duduk di sebelahnya. Apesal mamat ni? Gelak tiba-tiba.

“Kenapa awak gelak? Kelakar ke apa yang saya cakap.”

“Kelakar sikit la. Awak pasti ke anak Datuk Harun macam tu?” Izhan bertanya.

“Ya la. Dah tadi dia berbual dengan saya. Awak tak percaya?”

“Saya percaya. But Lia, you should not judge people easily. Awak belum kenal lagi dia siapa, keperibadian dia macam mana. Awak tak boleh assume dia macam tu. Mungkin itu luaran aje.” Izhan menunggu respon Arelia.

“Memang apa yang awak cakap betul. Tapi, awak pernah dengar kan kata-kata ‘First impression is everlasting’. Jadi, my first impression pasal dia tak berapa baik.”

“Tapi Lia, first impression is not truly determined the person is. Maybe who knows he is the man you are looking for,” ucap Izhan dengan maksud yang mendalam. Arelia terkelu. Mereka saling bertatapan. Aura cinta kelihatan mekar di antara mereka berdua.

“Ya Allah, Lia… Merata-rata aku cari kau. Rupa-rupanya kau kat sini. Jom balik.” Wani menggamit tangan Arelia pergi. Sempat Arelia bertanya sesuatu kepada Izhan sebelum pergi.

“Kita boleh jumpa lagi ke?”

“Insya-Allah. Kalau dah takdir.” Izhan menjawab dengan cukup ringkas. Matanya menghantar pemergian Arelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience