BAB 1

Romance Completed 12031

Kau tahu kewujudan ku, namun engkau cuba menafikan aku kan? Aku cuba mencuri hatimu, melakukan segala yang ku mampu agar kau sedar kewujudanku namun yang paling penting agar kau tahu bahawa aku ikhlas mencintaimu.

*****

Rambang mata Arelia memilih semua baju di hadapannya. All of them are gorgeous. Ini baru sahaja kedai pertama yang dimasukinya. Belum lagi kedai-kedai yang lain. Namun apabila memikirkan bajet yang telah pun diperuntukkannya untuk bulan ini, dia terpaksa melihat sahaja baju-baju itu. Ya.

Dia hanya perlu mencari sepersalinan gaun formal. Matanya melilau ke segenap penjuru kafe itu. Cuba memerhati setiap kelibat manusia yang ada. Ingin mencari kawan baiknya, Wani yang telah berjanji untuk bertemu di kafe itu. Dan matanya terhenti di sebuah meja yang terletak di penjuru bahagian kanan. Langkah kakinya dipercepat menuju ke meja tersebut.

“I’m so sorry, Wani. Kau dah lama tunggu ke?” tanya Arelia usai melabuhkan duduk di kerusi. Ditatap wajah Wani yang jelas kelat dan masam. Confirm dia mengamuk ni.

“Eh tak apa, Lia. Tak lama pun. Baru dua jam lebih.” Wani menyindir Arelia. Mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 2 petang tapi sekarang sudah pukul 4 lebih. Very punctual!

Arelia senyum senget mendengar sindiran Wani. Dia tahu dia telah lambat. Dia tidak sengaja untuk berbuat seperti itu tapi sedar-sedar aje dah pukul 3.45 apabila dia akhirnya menjumpai baju yang dikehendakinya.

“Alah, kau jangan la marah. Aku tahu kau dah tunggu lama. Aku minta maaf ya. Jangan la marah lagi… Please… Please… Please…” kata Lia dengan mata yang dikelip-kelipkan seolah-olah dia insan yang paling comel di dunia. Mengada-ada aje lebih.

Wani tersenyum melihat aksi comel Arelia yang sebenarnya tidak comel pun. Dia mengambil gelas orange juice yang dipesannya untuk kali kedua lalu menyedut minuman itu. Kalau lebih lama lagi, entah-entah sampai tiga gelas diminumnya.

“Okey. Aku maafkan. Tak payah nak tunjuk gwiyomi kau tu. Tak kuasa aku nak tengok.”

“Yeah! Wani tak marah. Wani tak marah.” Arelia berkelakuan seperti kanak-kanak pula.

“Kenapa kau lambat Lia? Kau berborak lama sangat ke dengan mak cik tu?”

“Tak. Sekejap aje. Berbual-bual then terus bagi bungkusan tu.” Arelia baru sahaja menemui seorang rakan ibunya untuk menyampaikan sebuah bungkusan yang penuh dengan balang berisi kuih-muih tradisional.

Arelia diminta untuk memberikan kiriman itu kepada rakan lama ibunya yang tinggal di KL. Tidak sampai setengah jam dia berada di rumah Mak Cik Salmah. Tapi yang telah memakan masanya adalah aktiviti wajib bagi seorang wanita, iaitu shopping. Lebih dari tujuh kedai dimasukinya. Dia tidak ingin membeli secara online seperti kebiasaannya kerana dia ingin betul-betul memastikan baju yang dipilihnya adalah pilihan yang terbaik. Baju itu sangat istimewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience