BAB 4

Romance Completed 12031

Sekarang ni ibu jaga kesihatan baik-baik. Apa-apa ibu call aje Lia. Lia ada hal sikit. Lia call ibu nanti ya. Bye ibu… Assalamualaikum.” Cepat-cepat Lia mematikan telefon. Tidak ingin memanjangkan perbualan berkenaan jodoh atau kahwin. Maafkan Lia, ibu…

“Waalaikumussalam.” Puan Anita memandang skrin telefonnya. Seperti biasa, Arelia pasti menghindarkan diri apabila soal jodoh dibangkitkan. Anak gadisnya itu masih sahaja ingin hidup dengan angan-angannya yang keanak-anakan. Umpama harapan anak kecil yang ingin menjadi princess yang dicintai oleh prince charming seperti dalam kartun Barbie.

***

Arelia melangkahkan kaki ke ruang mewah hotel lima bintang itu. Semua yang ada di situ kelihatan sungguh bergaya, anggun dan berkarisma. Bussinessman, ahli korporat dan macam-macam lagi. Golongan high class la katakan. Semangatnya berkobar-kobar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang jejaka kaya di majlis ini. Amboi Lia, desperate sangat. Tak apa. Yang penting dia harus berjaya.

Dia sangat gembira apabila terpilih antara semua pekerja yang lain untuk hadir di majlis ulangtahun syarikat Olive Holdings, antara salah satu klien penting dalam syarikat tempatnya bekerja. Wani, rakan baiknya juga terpilih. Hanya dua orang sahaja yang cukup bertuah. So, fighting!

“Hah Arelia, Wani. Kat sini rupanya kamu berdua ni. Jom ikut saya jumpa penganjur majlis ni. Pemilik Olive Holdings.” Encik Bahar, bos mereka menuju ke suatu sudut sambil Arelia dan Wani mengikut dari belakang.

Arelia baru teringat Encik Bahar pernah berkata yang pemilik Olive Holdings, Datuk Harun mempunyai dua orang anak. Lelaki dan perempuan. Wah, sepertinya ada chance ni. Mudah-mudahan anak lelaki dia masih single and available. Hmm… Kalau tak available pun tak apa. At least kena cuba.

Encik Bahar memperkenalkan Arelia dan Wani kepada Datuk Harun dan isterinya, Datin Dian. Menurut Datin Dian, anak perempuannya tidak dapat datang kerana sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Anak lelakinya pula dalam perjalanan. Encik Bahar berbual dengan Datuk Harun tentang perniagaan. Datin Dian membawa Arelia dan Wani untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Selepas lebih kurang 15 minit, Datin Dian meminta diri untuk pergi melayan tetamu lain.

“Lia, kau tunggu sini dulu ya. Aku nak ke ladies kejap,” tutur Wani sebelum dia berjalan pergi.

Arelia melihat kehadiran seorang lelaki muda bergerak ke arah Datuk Harun. Bersut hitam dan nampak boleh tahan paras rupanya. Mesti lelaki tu anak Datuk Harun. Arelia tersenyum. Dia perlu mendekati lelaki itu.

Arelia mendapat peluang apabila beberapa minit kemudian, lelaki itu berdiri di suatu sudut berhampiran meja yang menyediakan minuman sambil membelek-belek telefon bimbitnya.

“Hai, awak. Seorang aje ke?” Arelia memberanikan diri bertanya. Lelaki itu memandangnya dan kemudian tersenyum nipis. Tidak menjawab pertanyaannya. Eh, mamat ni. Sombong pula.

“Awak anak Datuk Harun kan? Saya Arelia, pekerja Syarikat Baiduri.” Arelia memperkenalkan diri. Cuba mengajak lelaki ini berbual.

“Ok. Sekejap ya.” Kedengaran bunyi mesej masuk. Lelaki itu melihat ke skrin telefon bimbitnya. Arelia di sebelah tidak dipedulikan.

“Maaf cik, tapi saya kena pergi. Kita borak lain kali ya,” kata lelaki itu sebelum bergegas pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience