BAB 7

Romance Completed 12031

Arelia melabuhkan punggung di kerusi kayu yang diukir indah sebagai tempat menunggu. Sungguh berbakat pelukis yang diminati Wani ini. Lukisan yang dilukis olehnya sangat berbeza. Membawa mesej dan sentuhan tersendiri.

“Welcome miss.” Kedengaran suara lelaki lalu Arelia menghalakan pandangan ke lelaki itu. Terkejut Arelia melihat yang Izhan berdiri di hadapannya. Izhan pemilik dan pelukis tu?

“Awak lagi?!” Kedua-duanya serentak berkata.

“Wow! Arelia. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini.”

“Saya pun tak sangka yang awak seorang pelukis.”

Mereka berbual-bual dan Izhan menunjukkan koleksi lukisannya. Arelia tekun mendengar penerangan Izhan tentang setiap lukisan yang dilukisnya. Lia! Sedar! Kau tak boleh jatuh cinta dengan Izhan. Kau kena ikut pelan yang kau dah sediakan. Marrying a rich guy. Not a painter. Akal berkali-kali mengingatkan. Tapi hati berbisik merelakan.

Setibanya mereka di sebuah lukisan, Izhan memandang Arelia sebelum menerangkan tentang lukisan itu.

“Lukisan ni adalah antara lukisan yang saya sayang. Sebab kisah di sebaliknya. This is my first painting. Seperti yang awak boleh nampak, imej seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di tepi jalan. Tiada yang istimewa sebenarnya kan. Tapi budak lelaki tu mengajar saya erti kemanusiaan dan kehidupan. Dia dijual oleh ibu bapanya ke tempat tak sepatutnya.

Tapi dia berjaya larikan diri. And he was just 10 years old. Can you imagine? Dia tidur di jalanan. Makan minum pun tak tentu. Dan dia masih boleh tersenyum bila berbual dengan saya.” Izhan berhenti seketika.

“He taught me about the meaning of life. Betapa sebenarnya kita sangat beruntung sebab masih boleh hidup selesa. Sedangkan ramai di luar sana yang sangat memerlukan tapi mereka tidak pernah pun merungut. Bahkan mereka menjadikan setiap hari yang dilalui sebagai satu anugerah yang Allah beri. Sejak tu saya bertekad untuk gunakan bakat yang tak seberapa ni untuk membuat galeri ni.

Sekurang-kurangnya saya boleh sedikit sebanyak membantu mereka.” Izhan menatap lukisan itu.

Lukisan yang dilukisnya tiga tahun lalu. Lukisan yang membawa erti yang mendalam baginya.

Hati Arelia tersentuh. Dia dapat merasai emosi dan maksud di sebalik lukisan itu. Dan dia dapat melihat satu sisi lain dalam diri Izhan. He is a good person.

Sejak itu, Arelia dan Izhan sering keluar makan. Jalan-jalan menonton wayang. Arelia juga selalu menghabiskan masa di galeri Izhan jika mempunyai masa terluang, iaitu pada hujung minggu. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience