BAB 11

Romance Completed 12031

Muhammad Izhan Bin Harun.

Arelia sangat terkejut. Izhan adalah anak Datuk Harun? Maksudnya selama ini dia jatuh cinta dengan anak Datuk Harun? Arelia

memandang Wani dan Fareez. Kedua-duanya mengangguk mengiyakan segalanya. Arelia memandang Izhan.

“Awak tak beritahu saya. Awak tipu saya.”

“Memang saya tak beritahu awak. Tapi saya tak pernah tipu awak. You never ask me about my identity. Awak jatuh cinta dengan Izhan. Hanya seorang lelaki biasa. Dan bukannya Izhan Datuk Harun, seorang CEO, anak Datuk dan orang kaya.”

Segala kebenaran terungkap. Arelia tidak menyangka yang apabila kita merelakan sesuatu itu untuk pergi, mungkin ada yang lebih baik menanti. Dan ini buktinya. Tanpa perlu berbuat apa-apa, target plannya berjaya.

Izhan menghulurkan sebuah kotak besar kepada Arelia yang dipegang sedari tadi oleh Fareez.

“Ni surprise apa lagi? Awak dah cukup surprise kan saya hari ni.” Arelia mengambil kotak itu.

“Just one more surprise. A very special surprise.” Ucap Izhan dengan seyuman yang terukir indah.

Arelia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat potret lukisan wajahnya. Sungguh cantik. Dia sangat menghargai pemberian Izhan.

“Terima kasih. Saya suka.”

“Dan selepas ni, saya dah ada dua lukisan yang paling saya sayang. Lukisan hari tu dan lukisan ini. Lukisan ini yang banyak mengajar saya tentang cinta. Dan gadis dalam lukisan ni adalah pemilik hati saya.” Izhan menoktahkan segalanya dengan ayat romantis.

“Bertuahnya orang tu dapat cinta hati dia. Kita ni tak ada orang pun yang sudi nak lakarkan potret,” rungut Wani. Muka cemberut ditayangkan.

“Saya kan ada. Saya boleh lukiskan potret untuk awak,” Ucap Fareez sambil sebelah mata dikenyitkan ke Wani.

Tergelak mereka semua dengan gelagat Wani dan Fareez. Memang sesuai sangat Wani dan Fareez. Akhirnya pasangan A&I menemui kebahagiaan yang mereka cari. Ramai kata yang Arelia beruntung dapat lelaki kaya, bukan dia tak tahu banyak cakap-cakap jahat mempersoalkan hubungan mereka, namun semua itu tidak diendahkan. Bahkan Izhan sendiri meminta Arelia jangan menghiraukan umpatan tersebut kerana apa yang penting hatinya ikhlas mencintai Arelia dan dia lebih mengenali cinta hatinya itu. Dan mendengar kata-kata kekasihnya itu saja sudah cukup untuk menewaskan segala persepsi buruk, mereka boleh kata apa yang mereka nak, dan teruskan buat andaian kerana dia tahu, cinta mereka cinta yang sesungguhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience