BAB 10

Romance Completed 4827

Nayra yang tekun memandang ke luar tingkap tersentak apabila dia nampak seorang lelaki yang sangat dia kenali. Di tengah-tengah padang besbol pula tu. Tengah-tengah hujan.

‘ Apa yang dia buat dekat situ?’

Tertanya-tanya Nayra melihat lelaki itu. Tapi tak pula dia nak turun dan ambil kisah fasal lelaki itu. Sedangkan lelaki itu sendiri yang meluat dekat dia. Jadi buat apa dia terhegeh-hegeh nak ambil tahu soal lelaki itu. Buang masa je!

Di dongak kepalanya melihat titik-titik hujan yang turun. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Tiba-tiba dia rindukan seseorang yang dah lama berpenghuni dalam hatinya semenjak dia berumur 14 tahun itu.

‘ Aku rindukan kau Darliana !’

Lelaki yang bernama Zamir Hairish. Dia di kenali dengan sikap keras kepala dan sombong tetapi hensem. Kenapa sikapnya sebegitu?

Sebenarnya bukan sengaja dia bersikap demikian. Tetapi dia terpaksa agar dia tidak jatuh hati dengan perempuan lain melainkan Darliana. Sampai sekarang dia masih ingatkan perempuan itu.

Sebab itulah sesiapa sahaja yang berani dekat dengan dia, dia akan bermula dengan sikap panas baran dia dulu. Sebab itu juga Nayra di layan sebegitu. Kasihan Nayra. Dia juga jadi mangsa.

“ Woih! Apa yang kau buat tengah hujan tu?”

Terdengar laungan daripada jauh. Zamir menoleh. Ternyata Talha. Tetapi tak pula Zamir menyahut. Malah dia memejam mata cuba untuk mengingati wajah perempuan itu. Semenjak dia berpindah, dia dah tak ada peluang untuk jumpa perempuan itu. Hurmp!

“ Zamir …”

Zamir yang sedang memejam mata itu pantas membuka mata dan menoleh ke belakang. Dia tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience