BAB 11

Romance Completed 4827

Keadaan sunyi sepi semenjak 15 minit yang lalu. Tiada seorang antara mereka pun yang mahu membuka mulut. Masing-masing lebih rela mendiamkan diri.

Zamir yang dah tak tahan akan keadaan tersebut pantas membuka mulut.

“ Kenapa?” Hanya itu yang dapat Zamir menyoal. Terkejut juga dia apabila tiba-tiba suara perempuan yang memanggil namanya. Ingatkan Darliana tapi Nayra. Dah la suara nak sama. Ye ke?

Nayra tersentak. Di jeling sekilas ke arah Zamir. Entah mengapa, kata tadi tak mahu ambil tahu. Tapi turun juga. Hampeh! Nampak sangat kau ambil berat akan lelaki yang keras kepala ni. Dah dia keras kepala jadi aku juga kena bersikap kasar juga. Ya tak?

“ Erk… kenapa apa?” Dengan menjongket kening Nayra kembali menyoal.

Zamir tersenyum sinis.

“ Yelah. Kenapa awak datang dan panggil saya? Macam mana pula awak tahu saya ada dekat sana? awak intip saya erk?” Duga Zamir lalu menjeling Nayra.

Nayra tersentak. Pantas dia menggeleng.

“ Tolong sikit! Tak ada kerja saya nak intip awak malam-malam macam ni. Tidur lagi bagus.”

Zamir bangun dan membelakangi Nayra. Sekarang mereka ada di pondok pengawal. Pengawal ada di dalam tapi mereka di luar.

“ Habis?”

Nayra melihat belakang Zamir.

“ Saya kebetulan lalu dan tengok awak dekat sini. Jadi saya datanglah tegur. Kenapa awak macam tu? Tiba-tiba duduk tengah hujan macam tu. Serupa orang gila saya tengok.” Soal Nayra pelik.

Zamir terdiam.

“ Awak tak tahu apa-apa jadi diam.” Serius percakapan Zamir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience