BAB 7

Romance Completed 4827

Nayra yang memang tak kuat itu jatuh terduduk lalu tidak sedarkan diri. Zamir yang melihat jadi cemas.

‘ Apa yang aku buat ni? Ya Allah.’

“ Weh… awak…” Perlahan Zamir menolak tubuh Nayra yang terbaring itu. Bibirnya di ketap kuat.

“ Ya Allah Nayra !”

Suara cemas itu mengejutkan Zamir. Pantas Zamir bergerak jauh daripada Nayra.

“ Nayra. Ya Allah. Aku dah kata suruh makan dulu. Ish!”

Zamir mengerling Farhan yang sedang merenungnya tajam itu.

“ What?” Soal Zamir buat-buat tak bersalah.

“ Apa yang kau buat sampai Nayra tu jatuh terbaring macam tu?” Serius sungguh suara Farhan. Kalau diikutkan antara Zamir dan Farhan. Farhan adalah orang yang lebih famous dekat situ berbanding Zamir. Tapi Zamir pun tak hebat kurangnya hensem.

“ A..aku tak buat apa-apa lah.” Tergagap Zamir ingin menerangkan perkara sebenar.

“ farhan. Tolong saya!”

Zamir hanya melihat. Tapi dia turut rasa serba salah sebab Nayra pengsan. Haish! Yelah! Salah aku!

“ Ehem..ehem..”

Suara batuk itu mengejutkan Nayra dan Rini yang sedang berbual. Rini sedang menemani Nayra di bilik rawatan. Mujur lah sakit gastrik Nayra tak teruk. Kalau tidak kena bawa pergi hospitallah jawabnya.

“ Aku keluar dulu.” Pinta Rini. Sekilas dia tersenyum ke arah Zamir. Zamir membalas lalu tunduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience