BAB 4

Romance Completed 4827

“ Kau ni.. lebih baik kau pergi makan dulu. Risau aku tengok kau ni.” Rini tegur lagi.

Nayra tersenyum lalu menggeleng perlahan.

“ sikit je lagi. Lepas ni aku pergilah makan. Dua pinggan nasi pun aku tak hairan. Okey?” Nayra kembali menyambung tugasannya dengan serius.

“ Ikut kau lah. Aku balik dulu.”

Rini mula melangkah ke luar perpustakaan. Dalam hati merungut akan sikap Nayra. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Teruk betul!

“ Rini?” Rini terkejut apabila namanya tiba-tiba di panggil. Dia pantas menoleh ke belakang. Mujur dah keluar perpustakaan.

“ Eh? Farhan…” Tersenyum Rini melihat Farhan dan seorang kawannya itu. Tak tahu siapa pula.

“ Ini Zamir. Kawan saya. Awak datang seorang je ke?” Soal Farhan.

“ Tak. Berdua. Tapi kawan saya ada dekat dalam lagi. Masih ada kerja yang belum dia siapkan. Tapi saya risau sebab dari pagi sampai sekarang dia belum makan. Dia tu degil sikit.” Ujar Rini dengan sengihan.

“ Oh… Apa nama kawan awak tu?” Farhan menyoal ingin tahu. Zamir di sebelah rasa nak menguap. Tak habis-habis lagi dua pasangan ni. Aku dah mengantuklah.

“ Nayra. Awak tak kenal. Tak apalah. Saya pergi dulu.”

Rini pantas meninggalkan mereka berdua dengan senyuman. Tiba-tiba dia rasa seronok kerana dapat jumpa dengan Farhan dan dapat berbual dengannya. Tiada siapa yang tahu yang dia menaruh perasaan dekat Farhan. Dalam diam je.

Farhan pula tersenyum melihat tingkah Rini yang kelam kabut itu. Geli hati pula dia lihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience