BAB 3

Romance Completed 4827

“ Tak puas hati betul aku dengan perempuan tu. Kira baik apa aku tegur dia baik-baik. Ni tak? Balas punya kasar. Nama je perempuan. Hish! Menyesal aku tegur dia tadi.”

Bebelan Zamir itu mengejutkan dua orang kawannya yang berada dalam bilik itu. Di kerling Zamir yang kelihatan runsing itu.

“ Kau ni. Masuk-masuk je terus marah. Pe kes? Dah berserabut aku tengok kau ni.” Ujar Farhan.

“ Betul tu. Kenapa ni?” Soal pula Talha.

“ Tak. Ada seorang perempuan dekat kedai makan tadi. Dia menangis. Aku rasa kasihan lah jadi aku pergilah tegur dia. Tapi dia balas dengan kasar. Ish! Meluat tahu tak!” Rungut Zamir lalu meraup rambutnya kasar.

“ Oh! Itu je ke. Ala kau ni. Itu pun nak bengang. Biarlah! Lagipun dia tak kacau hidup kau kan?” Farhan menjongket kening melihat Zamir.

“ Tahulah. Tapi? Argh! Whatever!”

Terus Zamir merebahkan badan di katil. Farhan dan Talha hanya menggeleng melihat Zamir.

Kriuk! Kriuk!

Terpamer sengihan di mulutnya selepas mendengar perutnya berbunyi. Daripada pagi sampai dah petang ni dia masih belum menjamah sebutir nasi pun. Gara-gara nak siapkan assignment ni. Tulah buat kerja last-last time lagi.

“ Weh! Aku nak pergi dah ni. Kau lambat lagi ke?” Tegur Rini sambil menggalas beg. Dah hampir 2 jam dia berada dalam perpustakaan ni. Temankan Nayra menyiapkan tugasan.

“ Kau pergilah dulu. Aku lagi setengah jam.” Balas Nayra tanpa memandang ke arah Rini. Matanya tepat tertumpu pada kertas kerja. Sikit je lagi. Sabar okey?

Rini menggeleng melihat sikap Nayra. Bukan dia tak tahu Nayra sedang menahan lapar. Kalau penyakit gastriknya itu datang serang baru tahu dia. Nak melalak minta tolong. Ish!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience