BAB 13

Romance Completed 4827

“ Ya Allah. Kau belum siap lagi?” Muncul Rini. Dah nak pergi pun ke kelas. Tapi keadaan Nayra yang kelihatan tak terurus tu membantutkan hasratnya untuk ke kelas.

“ Aku terbangun lewat lah.” Balas Nayra lalu menyerika tudung. Haiya! Tudung tak pakai lagi. Buku pun belum kemas lagi. Hish!

“ Kau ni lah. Aku pergi dululah.” Pinta Rini lalu keluar daripada bilik. Kalau tunggu Nayra lambat lagilah jawabnya.

Kelam kabut Nayra menuju ke kelas. Dia dah lewat sepuluh minit. Habislah!

Kedebuk!

“ Aduh!”

Nayra terjatuh. Habis berterabur bukunya itu. Tu lah lain kali jalan pakai mata bukan kepala lutut. Nak cepat sangatlah katakan.

“ Jalan guna apa?”

Nayra tersentak. Pantas dia mendongak. Aduyai! Kenapa aku terlanggar budak sombong ni. Nasib lah.

“ Maaf. Saya kelam kabut nak ke kelas. Saya pergi dulu.”

Pantas Nayra berlari daripada situ selepas mengutip buku. Sakit sikit tak usah pedulikan. Yang penting kelas. Habislah!

Zamir terlopong melihat Nayra bagaikan lipas kudung itu. Punya laju dia berjalan. Sampai tergeleng Zamir melihat Nayra itu. Lewat sangatlah tu.

Zamir yang baru nak melangkah terhenti apabila dia terpijak sekeping kertas. Pantas dia menunduk lalu mengambil kertas tersebut. Di lihatnya dengan teliti.

“ Surat apa ni? Rindu si dia? Ceh!”

Tergelak Zamir membaca tajuk yang tentera pada kertas itu. Nayra lah punya kerja ni. Rindukan siapa lah tu. Zamir sambung membaca. Nak korek rahsia dialah. Ehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience