BAB 2

Romance Completed 4827

“ Wuargh! Kenapa dengan semua orang hari ni? Aku ni teruk sangat ke?” Dengan kuat Nayra menyoal.

Rini menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Pe hal kawan aku ni? Malam-malam pun boleh menangis macam ni. Ish!

“ Beritahu aku apa masalah kau sebenarnya?” Suruh Rini dengan seriusnya.

Nayra mengangguk perlahan.

“ Pagi tadi aku pergi jumpa Malique. Aku beritahu dia malam ni nak keluar ke tak. Tapi dia malukan aku depan kawan dia. Dia kata dia tak ada kawan macam aku. Nak jadikan teman wanita pun geli. Apa salah aku? Dulu dia yang ajak aku jadi teman wanita dia. Rini!”

Terus di peluk Rini itu. Rini dengan muka blurrnya membalas pautan Nayra.

“ Sabar.. sabar.” Pesan Rini.

“ Dan selepas tu, ada seorang lelaki datang tegur aku. Dia tanya aku kenapa? Tapi aku geram sebab dia kacau aku. Dia lepas geram kat aku bila aku balas dengan kasar. Argh! Geram!”

Pelukan di leraikan. Rini menggeleng melihat sikap Nayra. Nayra masih belum boleh buang sikap kasar dalam diri tu.

“ Kau tu pun salah. Cuba kau bawa bersabar. Ni tak. Asyik marah je. Dahlah kasar pula tu. Manalah orang tak bengang dengan kau. Aku pun bengang taw.” Bebel Rini.

Nayra terdiam. Huhu… Sedihnya hari ni.

“ Dah! Tak payah nak berdrama dekat sini. Pergi masuk bilik, mandi dan solat. Lepas tu tidur. Dah serupa burung hantu aku tengok kau ni.” Arah Rini dengan tegas.

Dengan malasnya, Nayra hanya menurut. Lagipun hati dia masih sakit dengan dua orang jantan tak guna tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience