BAB 9

Romance Completed 4827

Seusai dia berkata, dia terus beredar. Di luar bilik rawatan, dia menghembus nafas lega. Macam baru lepas jawab exam. Punya susahnya nak cakap maaf. Apada…

Manakala Nayra terlopong. Ingatkan dah berubah ternyata? Menjengkelkan sungguh dia ni. Meluat aku huh! Kau tak datang minta maaf pun takpa lah! Ish!

“ Amacam?”

Farhan terus menyoal Zamir apabila dia sudah balik. Zamir lihat muka Farhan tanpa perasaan.

“ Dah..puas?”

Farhan tersengih. Bagus! Kalau tidak payah dengan keras kepala dia tu.

“ Ikhlas ye.. jangan hanya kerana aku suruh.”

Tersentap Zamir yang baru saja nak rebahkan diri di katil. Di jeling Farhan sekilas. Mujur Talha belum balik.

“ Aku tahulah!” Terus Zamir menyembamkan mukanya ke bantal. Farhan yang lihat tertawa kecil. Teruk betul!

Tap! Tap! Tap!

Hujan lebat sudah turun. Nayra yang baru balik daripada bilik rawatan terus menuju ke tepi tingkap. Inilah hobinya apabila hujan turun. Dia akan merenung hujan-hujan itu sampai tersenyum. Rini pun tak faham kenapa Nayra suka sangat hari hujan.

“ Weh…pergilah rehat. Kau tu belum pulih lagi.” Tegur Rini lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Nak solat dulu baru sambung buat assignment.

Nayra langsung tidak menghiraukan kata-kata Rini malah tekun sekali merenung ke luar tingkap. Dia suka hari hujan sebab dulu pernah sekali dia di lamar pada hari hujan. Masa tu dia berumur 14 tahun. Tapi sayang apabila lelaki itu telah berpindah. Sampai sekarang dia tak tahu di mana lelaki tu berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience