Completed
4057
Di satu sudut ruang pejabat itu, aku teresak menangis sambil memeluk kedua lututku dn membenamkan wajahku menumpahkan semua airmata dan kesakitanku hingga mengalir membasahi jubahku yang menutupi lutut.
Ku tahan tangisanku supaya tiada siapa mendengarnya namun entah bagaimana Madiha datang dan mendekatiku kerana aku yakin tiada siapa yang tahu aku menangis, tiada siapa bahkan walau semut sekalipun. Madiha memelukku erat dan kini dia pula menangis dengan suara tangis yang cukup kuat, cukup buat hatiku tergetar.
“Maafkan aku Hajar.” Ucapnya, hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya, tiada sebarang kata maaf atau sebarang penjelasan dari Madiha.
AKu sendiri tidak mengerti apa yang harus ku lakukan dan bagaimana menungkapkan permulaan kejadian yang telah mengguris hatiku sesakit ini. Adakah harus aku bertindak sebegini dan menyalahkan kawan yang dia sendiri tidak menyangka tega melakukan perkara ini kepadaku kerana dia tahu bagaimana perasaanku.
Seorang kawan yang dengan rela menjalani hidup bersama, menjalani suka melawan duka bersama, meniti malam tanpa cahaya dan menjejaki siang yang sungguu indah. Bersama-sama berkongsi tangis dan tawa dan paling penting, aku yakin bahawa Madiha adalah manusia yang tak akan pernah mahu menyakiti orang lain, selalu mendahulukan orang lain melebihi diri sendiri, menyemai kasih sayang dan kebaikan di mana saja namun saat ini, buat pertama kalinya dia menyakitiku dengan sebuah rasa sakit yang tidak terperi.
Aku cuba untuk mengingat semuanya, ya semua ini bermula dari sebuah perasaan kecil yang menjadi besar kerana merasa cinta bukan hanya milikku tapi miliknya juga.
“Ustazah Hajar,” panggil Ustaz Zaniff
Aku menoleh ke belakang dan sekilas melihat wajah Ustaz Zaniff berdiri beberapa meter di belakangku dengan pandangan yang dihiasi senyuman menampakkan gigi putihnya yang tersusun indah.
Share this novel