BAB 4

Romance Completed 4057

Rasa ingin tahu membuatku berdiri lama menatap bungkusan itu yang ku pegang dari tadi namun perut yang sudah mulai berkeroncong telah mendorongku tanpa berfikir panjang membuka sahaja nasi bungkus itu. Sejujurnya aku belum menjama sebarang makanan sejak pagi tadi, jika tuannya datang menuntut, aku berjanji akan mengganti makanan itu.

Aku mulai membuka bungkusan nasi bungkus yang terikat getah dank u dapatai isi didalamnya adalah nasi goreng lengkap dengan telur mata di atasnya. Apa yang membuatku semakin hairan di sebalik ikatan nasi itu ada sselembar kertas terselit.

“Sesungguhnya cinta itu memang milik Allah dan cinta pada manusia pula, hanya Allah jugalah yang tahu pada siapa ia akan dilabuhkan, namun yakin saja semuanya adalah yang terbaik, dan di sini aku selitkan doa moga sejahtera dan manis hendaknya hari yang kau lalui.”

Kulipat kembali kertas yang membuat jantungku berdegup kencang itu dan dan memasukannya semula ke dalam kocek jubahku, kulihat satu persatu wajah tenaga pengajar yang ada di dalam pejabat guru itu, rata-rata Ustaz yang mengajar sudah beristeri kecuali Ustazz Munsyi dan Ustaz Hakim. Hatiku berkata, mustahil ia daaripada mereka sedangkan tadi jelas mereka diam membisu saat aku bertanyakan soalan tadi atau boleh jadi salah seorag dari mereka memilih untuk diam demi menutup rahsia mereka?

Dan detik hatiku berkata kuat apakah ini mungkin pemberiandaripada Usta Munsyi kerana sebelum ini dia pernah berterus-terang menyatakan perasaannya kepadaku. Namun aku tidak ada sebarang jawapan kerana sah-sah hatiku sudah ku tancap pada orang lain.

“Hajar .” Suara Madiha mengejutkan aku. Aku terperanjat dari lamunan yang membawaku pada tekaan dan memori yang salah.

“Kau Ni Madihah, terperanjat aku.”

“Mengelamun jauh nampak, teringat Ustaz Zaniff kah tu? Eleh ngaku ajelah.” Madiha menggodaku, dia tahu perasaanku yang akhir-akhir ini asyik terfikirkan Ustaz Zaniff sahaja. Sedari dulu lagi Madiha sudah menjadi tempat ku mencurahkan segala isi hatiku hatta sekecil zarahpun tetap aku ku beritahu padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience