BAB 9

Romance Completed 4057

Aku mengusap lembut bahu Madiha cuba untuk menenangkannya, dia meleraikan pelukannya dan menatapku dalam hinggakan aku sendiri tidak berdaya menatap wajah yang seakan mengucap jutaan permohonan maaf itu.

Aku menundukan kepalaku dan diam sebelum aku sudah cukup mengumpul kekuatan untuk berkata sesuatu padanya.

“Bernikahlah dengan Zaniff, usaplah airmata mu ini dan jangan dditangiskan lagi pada khabar gembira yang Allah utuskan ini. Kau tetap sahabatku Madiha. Dan aku berjanji akan hadir dan membuat yang terbaik untuk hari istimewa mu kelak ya,” ujarku tersenyum, ikhlas namun hati masih terluka.

“Maafkan aku Hajar.” Berulang kali kalimat itu dituturnya bersama linangan airmata yang deras mengalir laju dari tubir matanya.

Aku dalam masa yang sama cuba untuk menyakinkan diriku agar berpegang teguh dengan apa yang telah kuucapkan tadi. Aku harus memujuk hatiku yang terluka ini, siapa lagi yang mampu memujuk gejolak derita pedih hati ini melainkan aku dan Allah sahaja.

“Madiha, jangan risau. Aku masih punya iman dan memegang utuh rukun Iman di dalam hati dan di seluruh aliran darahku ini, kau tak perlu meminta maaf padaku kerana ini adlaah sebahagian daripada takdir dan ketentuan Allah yang paling adil dan pasti menyimpan hikmah yang terbaik buat kita semua. Meski kini ia sakit ku rasa aku tahu ada yang terbaik diaturkan-Nya untukku. Sesakit bagaimana pun aku harus patuh dan beriman pada-Nya,Percayalah aku Ikhlas.” Sungguh aku tak sangka yang aku bisa sekuat ini walhal sebenarnya saat ini aku mahu teriak sekuatnya mencaci kenyataan dan ketidakadilan yang kurasa, namun airmata hiba ini takkan mengubah hakikat yang sudah tertulis dan aku harus redha.

Madiha memelukku semula dengan tangisan yang sama, petang itu, sebelum senja menjengah, sebelum Madiha dibawa pulang oleh kedua ibu bapanya, sebelum dia bergelar isteri kepada lelaki yang ku cintai, kami berkongsi esakan tangis, tangisan dua sahabat yang terperangkap dalam takdir yang tidak disangka.

Biarkanlah aku menangis, izinkanlah aku menghujankan manik airmata perit ini kerana nanti keadaan pasti janggal dan berbeza saat aku menangis di hari pernikahan Madiha, saat aku melihat mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Ya airmataku ini hanya akan menghimpit rasa bersalah di dalam hati mereka, justeru izinkanlah aku menangis.

“Pergilah, bernikahlah dengannya Zaniff, sekurang-kurangnya aku sudah tahu perempuan seperti apa yang akan menjadi isteri kepada lelaki yang ku cintai, perempuan seperti apa yang akan menjadi ibu kepada zuriat mu nanti dan aku ikhlas kerana dia adalah Madiha. “ bisik hatiku.

Dari jauh, aku dapat melihat raut wajah duka dan hiba dari lelaki yang telah mengisi siang dan malamku, menemaniku dalam tiap impian, mimpi dan doa. Renungan penuh tanda maaf itu seakan menghantar aku, Hajar yang dulu kembali ke dunia reality di mana aku tidak seharusnya menaruh hati pada dia.

Kisah aku, Madiha dan dia berakhir menjadi lipatan sejarah kami bertiga saat aku mendengar lafaz akad yang diucap dari bibir Zaniff dan saat airmata Madiha tumpah sewaktu cincin disarung di jari manisnya sewaktu upacara membatalkan air sembahyang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience