BAB 2

Romance Completed 4057

“Umi panggil ya ” Lanjutnya.

Aku hanya mengangguk dan bergegas untuk menemui Umi Kalsom .

Setibanya di sana tiada yang istimewa dari pertemuan itu, namun lambat laun Ustaz muda yang baru tamat tahfiz Quran ini ‘memukau’ jiwaku dengan pendidikan Al-Quran yang luas, dari suara laungan azannya yang sugguh merdu ketika kali pertama aku mengenalinya, dan sehingga saat ini aku tak mampu melupakannya.

Ustaz yang satu ini memukauku semula dari sebuah rasa cinta yang tulus ketika dia sedang mengajar anak-anak kecil yang belajar di sekolah agama tempat ku mengajar sekarang ini.

Apa yang membezakan kami adalah aku telah mengabdikan diriku untuk menjadi tenaga pengajar di pusat agama yang telah mencurahkan ilmunya padaku, sehingga suatu masa akan tiba saat ada seseorang yang memintaku menemaninya berjihad di jalan Allah.

Ini semua atas persetujuan Tok Guru Safie, pengetua dan juga pengasas pusat agama ini yang telah ku anggap sebagai ayahku sendiri kerana kasih sayangnya yang tulus. Bahkan aku juga merasa lebih istimewa kerana isteri tok guru, Umi Kalsom sering membawaku ke manapun beliau pergi dan darinya jugalah aku mendapatkan perhatian dan merasa kasih sayang seorang ibui.

AKu juga sudah menganggap ibu kalsom seperti ibu ku sendiri. Dan kini, aku menanam sebuah rasa cinta pada putera kedua pasangan ini, Ustaz Zaniff.

Disebalik semua ini, aku bertanya pada diri sendiri cuba untuk cermin diri sendiri apakah pantas aku seorang anak yatim yang tidak berbapa ini, yang mengabdikan hidupnya pad apusat agama ini mencintai putera kepada tok guruku sendiri, yang tahap ilmu dan statusnya yang lebih tinggi dariku. Perasaan itu selalu hadir ketika aku asyik menghayati suara azan bersama perasaan yang semakin memekar ini.

Hingga satu ketika aku yakin bahawa aku telah temui jawapan kepada dilemma ku yang bepanjangan ini saat aku sedar yang Ustaz Zaniff juga memerhatikanku ketika aku sedang mengajar atau ketika aku mendapati dia tersenyum penuh makna kepadaku, sesuatu yang tak pernah ku lihat sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience