BAB 5

Romance Completed 4057

“Kau tengok ni Madihan, aku jumpa bungkusan nasi goreng ni Mad, lagi aneh siap ada nota diselit pada nasi bungkus ni.” Ujarku sambil menyerahkan helaian nota yang ku temui tadi.

“Dah sudah, ni mesti dari Ustaz Zaniff .” Madiha mencuba menebak-nebak dengan nada canda yang sengaja menjentik hatiku.

Aku hanya mengangkat bahu, sejauh ini aku tidak dapat membayangkan kalau orang yang sengaja meletakkan bungkusan nasi serta nota manis itu adalah Ustaz Zaniff .

“Aku rasa ni mesti pemberian Ustaz Zaniff, sebabnya akan dijodohkan dengan salah seorang cikgu dari pusat agama kita ni juga. Nah ustazah yang sangat ideal dn ready untuk bernikah tiada lagi dan tak bukan adalah kau Hajar, lebih-lebih lagi kau ni anak emas Umi Kalsom,” ujar Madiha teruja mengucapkan teori yang difikirnya. Dia sepertinya yakin bahawa dia sudah meenemui titik jawapan kepada persoalan siapa gerangan yang akan dijodohkan untuk Ustaz Zaniff .

“Dari mana kau tahu yang Ustaz Zaniff akan dijodohkan?”

“Ohh tadi aku dterdengar perbualan keluarga Tok Guru berkumpul membicangkan soal jodoh.” Jelas Madiha.

“Sudahlah, jom pulang.” Aku menarik tangan Madiha meninggalkan bilik guru.

Dan petang itu entah bagaimana mungkin segala yang dikatakan Madiha juga akan semua angan-anganku menjadi nyata.

“Ustazah Hajar , dah baca?” persoalan yang singgah di telinga ku itu kurasakan seperti lagu dodoian sang ibu menidurkan si anak kecil, cukup tenang, yang tak mampu kuungkapkan bagaimana perasaannya dan nyaris seperti tak percaya akan apa yang ku dengar ini.

“Ustaz .” jawabku.

“Maafkan saya jika apa yang saya lakukan mengganggu awak,” tutur Ustaz Zaniff seraya meninggalkanku bersama rasa yang cukup bahagia tidak terperi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience