Completed
4057
Ada warna merah padam dari wajah putih mulusnya ketika tanpa sedar aku membalas senyumnya yang mungkin sebenarnya Ustaz Zaniff tidak bermaksud tersenyum kepadaku.
Bahagia? Ya sudah tentu aku merasa bahagia, satu rasa yang tak pernah ku bayangkan. Namun apakah itu boleh membuatku yakin bahawa Ustaz Zaniff juga sebenarnya mempunyai perasaan yang sama sepertiku? Pertanyaan itu menjadi persoalan cukup besar dalam hidupku saat ini.
Dan perasaan itu pada akhirnya hanya sebuah alasan untuk bahagia tanpa memikirkan alasan atau perkara lain, sehinggakan Ustaz Zaniff tanpa segan silu bertanyakan soalan it uterus kepadaku.
“Adakah Ustazah Hajar sudah punya calon untuk bernikah?” tanyanya kepadaku sewaktu kami berdua jalan beriringan tanpa sengaja kerana masing-masing ingin pergi ke kelas di blok A untuk mengajar. Soalan yang diajukan membuatku benar-benar terpaku hingga aku berhenti berjalan untuk beberapa saat dan memandangnya dari belakang sebelum kemudiannya aku menyambung langkahku semula.
“Belum lagi Ustaz , saya serahkan soal jodoh dan pertemuan semuanya kepada Allah dan akan memilih orang itu selepas dapat restu dari Tok Guru dan Umi Kalsom.” Jawabku jujur, bukannya aku tak percaya kepada pilihan ibu, dan ayah tiriku, namun keterbatasan mereka tentang Islam membuatku lebih yakin pada pilihan tok guru dan umi.
Dan seperti sebelum ini, Ustaz Zaniff tak banyak bicara dan hanya bernafas dalam lantas mengangguk. Aku tak mengerti apa maksud dari responnya itu, adakah ia satu reaksi lega? Kalau ya apakah untuk dirinya?
Pagi itu di atas meja kerjaku ku temui sebuah bungkusan yang ku sangkakan adalah bekalan nasi bungkus.
“Maaf bungkusan ini milik siapa?” tanyaku kepada tenaga pengajar yang lain yang sedang sama-sama beristirehat. Namun tiada sebarang jawapan mungkin juga kerana mereka merasakan soalan itu tiada kaitan dengan mereka jadi mereka senang memilih untuk diam.
Share this novel