Completed
4057
Aku duduk tidak jauh daripada umi kalsom, ternyata ini memang pertemuan yang penting memandangkan ramai ahli keluarga yang turut hadir di rumah itu.
“Begini Madiha, tujuan umi dana bi datang adalah untuk membincangkan tentang pernikahanmu, yang InsyaAllah akan segera kita langsungkan semantelah pula pusat agama kita kekuraangan tenaga pengajar terlatih lebih-lebih dalam ilmu Al-Quran, jadi salah satu cara untuk mengatasinya, umi usulkan pada umi kalsom yang bersetuju menikahkan Madiha dengan Ustaz Zaniff,” aku dapat merasakan seolah-olah petir sedang sambar-menyambar pendengaranku yang terasa ngeri dan gerun, duniaku terasa gelap seketika saat dua nama itu menjadi kunci utama pertemuan hari ini.
Aku juga dapat tahu bawah ayah Madiha merupakan pengasan sebuah pusat Tahfiz. Apakah bahagia yang baru kucapai ini terlerai?
“Apa Umi.” Suara Madiha tersekat-sekat penuh getar, dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali seakan tak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya itu.
Ustaz Zaniff yang sedari tadi menundukan kepala kini mendongakkan wajahnya dengan pandangan mata terbelalak seakan tak percaya bahawa dia sudah dijodohkan.
“Saya percaya Madiha dan Zaniff jodoh yang sesuai, yang diutuskan oleh Allah. Jawapan yang saya dapat lewat dari solat istikharah yang saya dan umi kalsom lakukan. Jadi mana mungkin saya menentang jawapan dari Allah ini kerana apapun keadaannya saya haruss redha dan aku bahawa Zaniff akan berpindah ke pusat Tahfiz Tok Guru Salim, mengajar di sana sebagaimana Madiha yang telah mengikhlaskan dirinya mengajar di pusat ini,” ujar Tok Guru Safie menjelaskan tujuan penjodohan ini kepada kedua mereka, Madiha dan Zaniff.
Saat itu mahu sahaja aku berteriak kepada salah seorang dari mereka untuk menolak saja penjodohan itu namun tiada seorang pun yang berani bersuara, bagai taka da kuasa untuk berbicara membantah kata orang tua mereka.
Share this novel