Completed
4057
Madiha,perempuan yang satu ini memang mampu membuatku mempercayai satu perkara yang aku sendiri tidak yakin akannya. Dia membuatku semakin yakin dan terbuai rasa percaya bahawa jodohku itu semakin hampir dan kini segala perasaann ini membuatku semakin yakin bahawa aku wajar untuk merasai dan menerima cinta ini.
“Umi Kalsom meminta agar Ustazah Madiha dan Ustazah Hajar berjumpa dengannya.” Tiba-tiba suaara yang datangnya dari salah seorang murid menghampiriku dan Madiha yang sedang berbual di bawah poko buah Cermai.
“Baiklah, terima kasih ya.” Jawabku.
“Nampak tu, kan aku dah kata semalam.” Madiha mencuit lenganku cuba mengusikku.
Aku hanya membundarkan mata tanpa bicara, tidak memberi sebarang respon. Langkah kami berdua dihayun laju, jantungku pula berdegup kencanag. Namun tidak semena-mena Madiha menghentikan langkahnya. Kelihata ada reaksi terkejut dari wajahnya.
“Eh kenapa umi dan abi datang ke sini?” soal Madiha kehairanan ssaat melihat kereta milik ayahnya diparkir di hadapan halaman rumah tok guru.
“Iyalah, itu memang umi dan abi kau. Mungkin dorang tak pernah datang menjenguk kau, mungkin rindu pada anak mereka yang comel loteh ni,” ujarku yang merasa bahagia memikirkan kawan baikku ini akan bertemu dengan kedua orang tuanya.
“Tengk tu, kau sendiri tahu yang dorang jarang melawat aku di sini, kau tak rasa pelikkah dorang tiba-tiba datang di sini?”
“Sudahlah, jom ke sana. Nanti kita tahulah jawapannya tu.
“Madiha , Hajar jempt masuk nak.” Ujar Umi Kalsom ketika melihat aku dan Madiha sudah tercegat di hadapan pintu.
Usai mengucap salam Madiha terus bersalam dengan kedua orang tuanya, aku tak pernah bertemu kedua orang tuanya hanya menatap mereka dari foto lewat lama Fac milik Madiha namun dari penampilan mereka jelas kedua orang tua Madiha ini adalah orang yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama, barangkali ustaz, imam atau seorang mufti.
Share this novel