ATAS 9

Horror & Thriller Completed 3981

Pada satu malam Jumaat sekitar pukul sebelas malam, aku, adik, ayah

saudara serta kakak aku sahaja yang berada di rumah kerana kedua-dua

ibu bapa aku telah menghadiri kursus kerja masing-masing. Ketika aku

menonton televisyen di ruang tamu, tiba-tiba hati aku terasa sedih

teringatkan arwah makcik aku yang telah lama meninggal. Semasa aku

melayan perasaan sedih, tiba-tiba mata aku terpandang ke satu tingkap

di mana aku telah terlihat satu bentuk badan seperti manusia. Mula-mula

aku fikirkan ianya ayah saudara aku, rupa-rupanya ia adalah POCONG! Ia

berdiri tegak dan memandang ke arah aku! Aku dapat lihat bagaimana

bentuk pocong! Di bunjut kepalanya berikat serta di badannya juga sama

seperti mayat dikafankan. Lalu, aku berlari ke arah ayah saudara aku

yang ketika itu berada di dapur. Aku beritahu ayah saudara aku yang

aku terlihat pocong di tepi tingkap. Selepas itu muncul pula adik aku

memberitahu bahawa dia juga ternampak pocong yang sama di tingkap! Aku

pun bertanya, "Eh macamana kau boleh nampak?” lalu adik aku berkata,

“Nampaklah, sebab orang pergi bilik air belakang nak kencing. Tiba-tiba

ternampak benda putih macam orang kena balut kain putih, tu yang orang

tak jadi kencing!” Lalu ayah saudara aku pun keluar mengikut pintu

belakang untuk melihat, malangnya tiada apa yang berada di tingkap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience