ATAS 7

Horror & Thriller Completed 3981

Namaku Marlina dan aku ingin berkongsi tentang sebuah kisah seran yang ku alami berlaku ketika aku sedang menuntut di sebuah pusat pengajian awam di negeri pantai timur.

Kehidupan aku pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah aku tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.

Aku seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan aku sejak menuntut di peringkat ijazah. Ia turut dipraktikkan ketika belajar di peringkat Master.

Pada suatu petang aku dan seorang kawan bercadang untuk membuat penulisan tesis kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu aku ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Ketika aku sedang membasuh muka, aku seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan aku. Aku menyelesaikan wuduk dan apabila aku melihat cermin di hadapan aku melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. Aku terkejut dan menoleh ke belakang siapakah kelibat yang berlalu pergi dan aku dapati tiada sesiapa pun.

Aku berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik siswazah. Ketika dalam perjalanan ke bilik siswazah, aku seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang. Tanpa menoleh aku mempercepatkan langkah. Aku menunaikan solat Asar dan terus menyambung tugasan aku sebelum ini. Aku hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru aku alami tadi kepada kawan aku.

Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. Aku menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali aku ke rumah aku membersihkan tubuh dan terus berehat. Aku merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat aku pada tingkat atas rumah dalam keadaan terapung. Bilik aku di tingkat atas.

Apabila aku berada di rumah di tingkat bawah sering melihat kelibat berlari menuruni anak tangga. Dan ketika aku membuat kerja, aku dapat rasakan ada yang melihat aku di belakang. Apabila aku menoleh tiada apa pun yang kelihatan. Keadaan ni berlarutan dan menyebabkan aku nekad untuk mengetahui; apakah yang menganggu aku?

Satu malam aku tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk. Setelah selesai solat aku tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu aku bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak² lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.

Kanak² lelaki ini suka mengikut aku dan sentiasa berada di sisi aku walau kemana aku pergi. Dalam mimpi itu aku turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak² lelaki ini.

Keesokkan hari aku berjumpa seorang ustaz dan selepas aku di rawat aku berasa sedih dan sayu. Perasaan aku seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan aku. Namun aku tidak tahu pada siapa.

Keadaan aku tidak tamat di situ, malah semakin bertambah teruk. Aku tidak dapat tidur awal di malam hari dan sering ketakutan tanpa sebab.

Suatu hari aku tidak ke kampus dan aku mendengar suara memangil nama aku. Bila aku membuka pintu bilik tiada sesiapa.

Kemudian aku berbaring semula di katil. Ketika aku melihat ke pintu bilik aku melihat susuk tubuh berwarna putih dan berambut putih panjang ke pinggang. Rambutnya lurus dan rapi. Muka susuk itu tidak kelihatan kerana dia menundukkan wajah nya.

Aku ketika itu sudah agak itu bukan manusia dan ianya adalah Jin. Aku pun tidak menghiraukan dia. Dia menghampiri aku dan duduk di sebelah aku. Aku memejamkan mata dan menarik selimut. Tidak mahu melayan si dia yang begitu bersungguh untuk berkenalan.

Apabila aku membuka mata dan melihat ia masih di sebelah aku. Dan aku katakan jangan kacau aku lagi. Tiba² aku melihat ia pergi ke pintu bilik dan hilang bersama hilaian yang panjang…hiiiiii…hiiiii…hiiii.hihihi…hiiiiiiiiiii…

Aku terus bangun mengemaskan barang² keperluan dan terus keluar dari rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience