ATAS 10

Horror & Thriller Completed 3981

Apa yang aku ingin kongsikan adalah peristiwa yang ku alami 3-4 tahun lepas di mana aku telah ‘dihempap’ oleh ‘sesuatu’ benda yang sangat besar, berat dan berbulu lebat. Aku pasti ramai yang pernah mengalami pengalaman seperti ku. Apa yang terjadi adalah, ketika ‘benda’ itu menghempap aku, aku sukar bernafas, dadaku sempit seperti aku bila-bila masa saja mati. Aku cuba melawan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an namun makin dibaca,

makin melawanlah ‘benda’ itu dan ada masa benda tu lagi hebat membaca Al-Quran. Ada ketika benda tu menyamar menjadi seseorang yang aku kenal dan kemudian dengan helah penyamarannya itu dia menyerang aku yang lalai danmengawal hidup aku. Tetapi aku kuatkan hati untuk melawan

‘benda’ yang menghempap aku sehinggalah azan Subuh barulah ‘ia’ pergi.

Untuk pengetahuan semua, menurut kata orang-orang lama, tapak kuarters

yang aku duduki sekarang adalah bekas tapak Tentera Jepun yang pernah

menjalankan aktiviti mendera serta memancung kepala orang pada zaman

dahulu. Wallahualam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience