ATAS 5

Horror & Thriller Completed 3981

Pengalaman yang ingin aku ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun

yang lalu. Pada waktu itu aku baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga

tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah

dibeli oleh ayah.

Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya

agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong.

Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami

itu. Walaupun aku baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh

yang berlaku, aku pasti akan mengingatinya.

Kejadian aneh yang aku katakan antaranya dialami oleh adik aku yang

berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di

biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah

sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa

aku sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera

bertanya, "Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai

terjatuh?" lalu adik menjawab, "Nek, adik nampak hantu, badan dia

besar, banyak bulu, mata dia merah. Adik takut Nek." Mungkin hantu

yang dikatakan adik itu adalah lembaga yang berbulu dan bermata merah.

Seorang budak kecil memang dapat melihat benda halus, aku yakin adik

tidak berbohong.

Dari hari itu, bukan kejadian itu sahaja yang berlaku. Malah kali ini

lebih menyeramkan. Pada waktu jam 6.30 petang, aku merasakan badan

aku agak lemah dan sakit kepala. Aku terus baring di sofa ruang

tamu. Sambil memejamkan mata dan tidur-tidur ayam aku dapat mendengar

ibu, pakcik dan makcik aku baru pulang dari tempat kerja pada jam 7

malam. Pada waktu aku berbaring di sofa, pakcik aku mengadu lehernya

sakit dan meminta nenek aku urutkan lehernya. Sedang nenek aku urut

leher pakcik, tiba-tiba pakcik aku itu ketawa. Katanya geli seperti

lehernya digeletek oleh nenek.

Nenek yang tahu serba sedikit untuk menghalau makhluk-makhluk halus

ini segera membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Pada masa yang sama, ibu

aku pula tiba-tiba menunjukkan jari ke arah nenek sambil ketawa

mengilai-ngilai. Makcik aku yang berada di situ seperti dirasuk dan

seakan-akan ada orang yang mencekik lehernya. Sambil menarik sesuatu

di lehernya dan seakan-akan sesak nafas dan makcik aku menarik tali

yang ada di lehernya, tetapi tiada tali yang terikat di lehernya.

Kami dirasuk seorang demi seorang dan waktu itu aku sedang mencekik

diri aku sendiri sambil menangis sekuat hati. Tetapi pada masa itu

aku tidak sedarkan diri. Adik dan kakak aku yang lain yang

menceritakan keadaan aku pada waktu aku dirasuk oleh makhluk halus.

Pada waktu kami dirasuk seakan-akan ada benda yang memasuki tubuh

kami. Rupanya keadaan badan aku lemah pada waktu petang itu kerana

ada benda sudah mula masuk dalam badan aku. Nasib baiklah nenek aku

tahu cara untuk menghalau benda yang tidak nampak oleh mata kasar

manusia. Sejak dari itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah lain dan

menyewakan rumah itu. Ini adalah pengalaman yang benar-benar berlaku

dalam hidup aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience