ATAS 8

Horror & Thriller Completed 3981

Dulu, aku tinggal di sebuah kuarters lama kerana emak aku bekerja

sebagai jururawat. Rumah aku dulu ini sebuah banglo lama yang besar.

Mempunyai tiga ruang tamu, empat bilik, satu dapur dan tiga bilik air.

Namun rumah ini tidak berpenghuni sejak empat puluh tahun dulu. Namun

selepas emak dapat tawaran dari doktor untuk menghuni sebuah rumah

kuarters banglo yang berbukit, kami terus berpindah ke sini. Setelah

beberapa minggu mengemas, dan mencuci rumah dan menghuni, aku dan

keluarga sering mendapat gangakun yang pelik. Misalnya, pada kejadian

malam pertama, pada pukul 3 pagi, aku pernah mendengar suara orang

menangis sebanyak enam kali! Aku ingatkan ayah saudara aku yang

berjaga dan mungkin sedang menonton cerita-cerita seram.

Malam kejadian yang kedua juga begitu dan pada malam ketiganya aku sudah rasa lain macam kerana jika ayah saudara aku menonton cerita-cerita sekali dua, mungkin boleh diterima akal namun takkanlah bunyi yang sama setiap jam 3 pagi? Keesokannya, aku memberitahu kepada emak aku dan emak aku berkata mungkin apa yang aku dengar selama tiga hari berturut-turut setiap jam 3 pagi adalah Pontianak kerana pernah beberapa orang pekerja Telekom pernah terlihat dan terdengar Pontianak menangis dan berlegar-legar di atas bumbung rumah aku ketika rumah banglo itu belum dihuni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience