BAB 5

Other Completed 7677

“Sudah beberapa kali saya mendengar lagu seperti yang saya dengar di masjid-masjid. Lagu yang sangat merdu, yang saya tidak pernah dengar sebelum ini. Anehnya, saya tidak lihat di sekeliling saya ada masjid yang memainkan lagu tersebut. Sungguh, lagu itu membuatkan bulu roma saya meremang. Hati saya ketakutan.”

“Maksud Jessica, lagu yang didengar itu azan?”

Tanya Ustazah Aminah.

“Ya, azan! Saya pernah mendengar Islah menyebutnya.”

Jawab Jessica dengan penuh yakin.

“Satu lagi ustazah. Sudah tiga kali saya bermimpi seorang lelaki yang memakai baju putih, janggut putih, dan wajahnya sangat bersih datang menghulurkan satu kitab kepada saya.”

“Jessica ambil kitab itu?”

Jessica mengangguk. Pantas tangannya menulis sesuatu di atas kertas putih. A.L.L.A.H.

“Perkataan ini yang saya lihat dilembaran kitab tersebut.”

Jessica menghulurkan kertas putih yang bertulis Allah kepada Ustazah Aminah. Ustazah Aminah memandang Nur Islah dengan senyuman melebar.

‘Sudah sampai masanya. Allahuakbar, Engkau Maha Pemberi Hidayah dan Petunjuk.’

“Jessica, kamu nak masuk Islam?”

Direct soalan Ustazah Aminah kepada Jessica.

Jessica tergamam. Masuk Islam? Bermakna dia akan tinggalkan agama Kristian, agama nenek moyangnya? Tetapi entah mengapa hatinya berasa gembira dengan persoalan Ustazah Aminah.

‘Aku yakin, inilah jalan yang aku cari selama ini.’

Dengan mata yang bersinar, Jessica kemudiannya mengangguk. Nur Islah disebelah sudah bergenang air mata. Dalam hatinya masih tidak berhenti mengucapkan rasa syukur.

“Baiklah, Jessica ikut apa yang ustazah ucap.”

Perlahan-lahan mulut mungil gadis cina itu mengikut lafaz kalimah syahadah yang dilafazkan oleh Ustazah Aminah. Usai menghabiskan lafaz tersebut, Nur Islah bergerak menghampiri Jessica lalu memeluknya.

“Jessica, tahniah! Kamu sudah Islam. Kamu sudah Islam, Jessica!”

Nur Islah menuturkannya dalam tangisan.

“Ustazah, saya sudah Islam?”

Soal Jessica. Dengan mata yang berkaca, Ustazah Aminah mengangguk. Lantas Jessica mengeratkan pelukan Nur Islah. Jessica merasakan dadanya sangat lapang dan tenang. Umpama air dingin yang menyiram ubun-ubun. Air matanya bercucuran keluar. Kali ini Jessica merasakan kegembiraan yang luar biasa dia alami selepas melafazkan kalimah keramat itu. Kalimah yang sudah menjadikannya seorang Muslim!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience