BAB 2

Other Completed 7677

“Allahuakbar. Penatnya.”

Nur Islah menyandarkan badannya di sofa. Beg sandang yang mengandungi buku kuliah diletakkan atas meja. Bilik yang bersederhana besar itu cukup mewah untuk Nur Islah seorang. Matanya hampir terlelap setelah disapa angin penghawa dingin yang mula menyejukkan badannya yang berpeluh sebentar tadi.

Bunyi kuakan pintu menyedarkan Nur Islah.

“Assalamualaikum. Boleh umi masuk?”

Tanpa menunggu jawapan, Puan Zahirah terus melangkah masuk lalu merapati anak tunggal perempuan kesayangannya.

Nur Islah melemparkan senyuman manis untuk ibunya. Dia memeluk manja tubuh kurus Puan Zahirah.

“Kuliah padat ya hari ni, Nur?”

Soal Puan Zahirah. Kepala Nur Islah diusap perlahan.

Nur Islah mengangguk. Ada sesuatu sedang bermain difikirannya sekarang dan perlu meminta pendapat ibunya.

“Cerita apa nak dikongsi dengan umi hari ni?”

Tanya Puan Zahirah. Dia sangat mengenali Nur Islah. Setiap hari ada sahaja perkara yang akan mereka kongsi bersama.

“Nantilah Nur ceritakan. Nur nak mandi dan solat dulu. Umi masak apa hari ni? Nur lapar.”

Nur Islah merengek manja.

“Amboi, dah nak jadi isteri orang pun manja macam ni lagi? Nur..Nur..”

Puan Zahirah menggeleng dengan telatah puteri tunggalnya ini. Namun tetap dilayan juga.

Nur Islah mengetap bibir, geram. Ada pula nak jadi isteri orang.

“Umi masak ayam goreng halia dan ikan tiga rasa. Sekejap lagi ayah dan Along balik, kita makan sama-sama.”

Puan Zahirah melepaskan pelukan Nur Islah dan menuju pintu keluar seolah-olah tidak perasan wajah Nur Islah yang terkejut.

“Along balik, umi? Serius?”

Mata Nur Islah bersinar-sinar. Rindu benar dengan satu-satunya abangnya ini. Muhammad Irham kini menuntut di India, jurusan kedoktoran. Bukan selalu dapat pulang ke tanah air kecuali ada urusan yang benar-benar penting.

“Umi seriuslah. Ayah pergi ambil Along di airport. Sekarang mereka dah dalam perjalanan balik. Haa, jangan lupa pakai wangi sikit. Umi dah bau masam dah tadi masa Nur peluk umi.”

“Umi!!”

Nur Islah terjerit kecil. Puan Zahirah hanya ketawa perlahan dan berlalu keluar untuk menyiapkan juadah tengahari.

Nur Islam senyum melebar. Keluarga mereka tidaklah besar, hanya ada dua beradik. Tetapi Nur Islah tidak pernah merasa sunyi kerana dia mempunyai ibu dan ayah yang sangat ambil berat tentangnya malah tidak pernah dalam sehari masanya tersisa tanpa aktiviti keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience