BAB 3

Other Completed 7677

“Harta tidak pernah meletakkan diri kita ditempat yang tertinggi di sisi Allah. Harta tidak pernah menjaminkan kemuliaan untuk kita di akhirat nanti. Harta hanyalah ujian Allah untuk kita sekeluarga, sama ada mampu menggunakannya untuk Islam atau dunia.”

Dr. Zhareef memulakan usrah keluarganya. Nur Islah dan Puan Zahirah mengangguk-angguk faham.

“Ayah, bagaimana nak berdakwah kepada non-muslim?”

Nur Islah melontarkan soalan.

“Sebagai permulaan, tunjukkan akhlak yang baik. Sebagaimana Rasulullah SAW, kerana akhlaknya, orang-orang kafir telah memeluk Islam.”

Dr. Zhareef menceritakan bagaimana seorang wanita tua yahudi yang buta dan sangat membenci Rasulullah SAW akhirnya memeluk Islam hanya kerana suapan yang diterima setiap hari oleh Rasulullah SAW.

Nur Islah terasa puas dengan usrah keluarga yang dibina. Setiap hari jiwa mereka sekeluarga akan diisi dengan tarbiah dan motivasi. Situasi yang sangat dia syukuri dalam hidupnya kerana dikurniakan sebuah keluarga yang soleh.

‘Semoga hati kami tetap diatas jalan Allah dan kelak kami mampu berhujah dengan cemerlang dihadapan Allah.’

Doa Nur Islah dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience