BAB 1

Other Completed 7677

“Terima kasih beri saya tumpang tadi. Jika tidak sudah pasti saya kena marah dengan pensyarah sebab lambat.”

Jessica bersuara sambil tangannya laju memasukkan buku-buku kuliah ke dalam beg.

“Sama-sama. Tak mengapa sebab laluan kita kan sama.”

Nur Islah mejawab lembut.

Jessica tersenyum. Ini kali pertama dia bertegur sapa dengan gadis ini yang juga rakan sekuliahnya untuk subjek psikologi. Sebelum ini bukannya dia tidak perasan dengan kewujudan Nur Islah cuma dia tidak terlalu berminat untuk beramah mesra.

Kelas psikologi baru sahaja berakhir. Akibat lewat dan tidak mahu mengganggu tumpuan kelas yang sudah bermula, mereka berdua duduk dikerusi belakang sekali.

Nur Islah memasukkan buku notanya ke dalam beg.

“Nama saya Islah.”

Nur Islah menghulurkan tangannya kepada Jessica yang berada di sebelah.

“Err, saya Jessica Ng Wei. Panggil sahaja Jessica.”

Lambat-lambat Jessica menyambut huluran tangan Nur Islah. Terasa janggal untuk bersalam dengan gadis bertudung labuh ini.

Nur Islah mengangguk. Senyumannya masih utuh untuk gadis cina ini.

“Saya nak cepat sebab ada kelas lagi selepas ini. Nanti kita jumpa lagi. Bye.”

Jessica terus bangkit daripada tempat duduknya dan berlalu pergi.

Nur Islah menghantar tubuh itu dengan pandangan. Dingin benar sikap Jessica dengannya. Mungkinkah dia tidak suka dengan orang Islam? Nur Islah beristighfar. Tidak mahu berburuk sangka dengan manusia, apatah lagi dengan Jessica.

‘Kenapa aku rasa beku ya dengan budak perempuan tu?’

Jessica memandang tangannya yang baru bersentuhan dengan Nur Islah. Kali pertama dia berasa aneh bersalam dengan kawan yang beragama Islam seperti Nur Islah. Mengapa agaknya ya? Jessica malas memikirkannya lalu melajukan langkah. Kelas seterusnya akan bermula lima minit sahaja lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience