BAB 4

Other Completed 7677

Jessica memandang sekeliling. Kelihatan seorang gadis muslim sedang memberi makan kepada kucing yang berkeliaran. Sudah beberapa kali dia melihat situasi ini. Dan dia yakin itu orang sama yang dia lihat memberi makan pada anjing di taman terbiar semalam.

Rasa kagum mula meliar dalam hatinya.

‘Siapa gadis ini?’

Jessica bertanya sendirian.

Persoalannya terhenti apabila deringan telefon berbunyi.

“Hello, Jessica. Awak di mana? Saya sudah sampai. Cepat, nanti kita lambat.”

Suara Nur Islah memecah talian.

Selepas menjawab panggilan, Jessica terus bangun dan menuju ke kereta Nur Islah. Selepas insiden Nur Islah menumpangkan Jessica, mereka menjadi semakin rapat. Entah kenapa Jessica begitu menyenangi gadis berpurdah ini.

Sebelum ini dia tidak pernah mempunyai teman rapat. Apatah lagi seorang teman yang beragama Islam. Yang pasti, dia mula meminati untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

“Kamu jangan berkawan sangat dengan orang Islam Jess. Mama dan papa tak mahu nanti kamu masuk agama mereka.”

Terngiang-ngiang suara mamanya, Puan Erica memberi amaran. Tapi itu dahulu. Semasa mamanya sihat dan sebelum bercerai dengan papanya. Sekarang Puan Erica sedang terlantar sakit. Doktor perubatan masih tidak menemui punca penyakit. Sudahnya, Puan Erica dibenarkan pulang dan hanya dirawat di rumah.

“Jessica…tak nak turun?”

Suara Nur Islah mematikan lamunan. Nur Islah sudah pun melangkah keluar dan membuka pintu disebelah pemandu.

“Maaf, maaf..tak perasan pula kita dah sampai.”

Jessica cuba menutup perasaan malunya kerana mengelamun.

“Ada masalah ya?” Soal Nur Islah.

“Tak. Mungkin penat sebab seharian di kampus. Malam ini ada mesyuarat lagi.”

Jessica berhelah. Kakinya perlahan keluar daripada kereta.

“Belum selesai lagi masalah dalam persatuan?”

“Belum. Biasalah, masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan.”

Nur Islah mengangguk. Kaki mereka menapak di Jabatan Agama Islam Negeri. Petang itu Nur Islah membawa Jessica berjumpa dengan Ustazah Aminah. Ada beberapa perkara yang ingin Jessica meminta kepastian mengenai hukum-hakam Islam. Bukan Nur Islah tidak mahu menjawabnya, tetapi jika dapat berjumpa dan bertanya orang yang lebih arif itu lebih baik. Lagi pula, Ustazah Aminah sangat rapat dengan keluarga Nur Islah. Tiada masalah untuk membuat pertemuan dengan Pakar Kaunseling ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience