BAB 6

Other Completed 7677

Nurul Jannah membetulkan tudungnya yang senget. Masih membiasakan diri dengan berkerudung. Tiga bulan lalu, Jessica telah menukar namanya kepada Nurul Jannah. Katanya supaya hatinya sentiasa teringat dengan syurga. Subhanallah, Nur Islah sangat kagum dengan sahabat mualaf yang seorang ini. Solat tidak pernah miss, rajin pula mengikutnya berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

“Nur…mama semakin lemah.”

Nurul Jannah tunduk. Matanya berkaca.

Nur Islah yang sedang menyiapkan tugasan, berhenti menaip. Seperti biasa setiap petang mereka akan berada di perpustakaan untuk menyiapkan apa-apa tugasan yang masih belum selesai. Supaya pulang ke bilik nanti mereka boleh berehat.

Nur Islah memegang tangan Nurul Jannah yang masih menunduk.

“Jannah, kuatkan semangat. Nur pasti, mama Jannah boleh sembuh. Dia perlukan sokongan Jannah dan anak-anak yang lain untuk bangkit.”

“Bukan itu yang saya risaukan. Saya takut, saya tak sempat bawa mama masuk syurga bersama-sama kita.”

Empangan air mata Nurul Jannah akhirnya pecah dan laju menuruni pipi. Ternyata itu yang merisaukannya. Nur Islah tahu betapa kuatnya pegangan agama Kristian dalam diri mereka sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience