BAB 24

Romance Completed 8311

Jan telan air liur yang terasa kesat. Syah kena rogol? Biar betul. Telinganya dipasang betul-betul, mahu mendengar.

“Si Yani la yang cakap tapi Ain kata tak. Entah yang mana betul.” Gadis berbaju kurung cotton itu rancak bercerita.

Jan rasa nak demam. Syah kena rogol betul-betul ke? Tapi aku suruh dia orang kacau Syah macam tu je.

“Jan!”

Jan merenung Amir kosong. Wajahnya penuh dengan kekusutan.

“Kau kenapa ni?”

“Aku tak ada apa-apa. Kau nak apa ni?”

“Dengar cerita pasal Syah? Heboh satu universiti ni yang dia kena kacau mat motor.”

Jan garu kepala. Rambutnya kelihatan sedikit serabut. “Dengar. Aku serabut.”

“I can see that, Jan.”

“Orang cakap dia kena rogol.”

“Heard that.”

“Orang cakap dia rela hati ikut mat motor tu.”

“Heard that too.”

“Apa aku patut buat?” Jan buka kaca mata yang terletak elok di atas hidungnya.

Amir kerut dahi. “Do nothing. Tak berkaitan dengan kau pun.”

Jan mengeluh.

“Syah tak kena rogollah! Bongek! Mulut tak ada insurans. Aku sepak baru tau.” Ika yang berpewatakan seperti lelaki menjerit pada sekumpulan perempuan yang bergosip di salah sebuah meja di kedai makan di bawah library tu.

“Ika, sabar.” Laila yang terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Ika, menggosok bahu Ika.

“Korang better tutup mulut sebelum aku lempang sorang-sorang.” Nabila yang sedar ada yang cuba membuka mulut untuk membela diri.

“Syah tak kena rogol. Syah tak ikut mat-mat motor tu, jadi lebih baik korang semua diam dari membuat sebarang cerita tak munasabah korang tu.”

Ain bersuara.

“Dah, jom balik. Kesian kat Syah sorang-sorang.” Nabila tarik tangan Ika.

Ain yang baru nak melangkah tiba-tiba berpatah balik kepada Jan. “Suka kau kan bila tinggal Syah macam tu je? Kau memang dasar lelaki tak guna!” Dan Ain terus melangkah meninggalkan Jan yang terpinga-pinga.

“Kau tinggal Syah?” Amir buat muka kelam.

Jan cuma mampu mengeluh.

“Apa maksud si Ain tu, Jan?”

“Apanya?”

“Kau tinggal Syah?”

Jan merengus. “Aku tinggal dia malam dia kena kacau. In fact, aku yang upah orang supaya kacau dia. Puas?”

“What?” Amir terlopong.

“Aku buat semua ni supaya dia benci aku. Supaya dia tak ganggu lagi hidup aku dan supaya korang tutup mulut korang dari mengejek aku.” Jan mencampak beg galas ke lantai. Sungguh, dia rasa serabut teramat sangat.

Haiqal yang baru nak keluar bilik terus tak jadi nak keluar bila dengan Jan mengamuk.

“Sekarang kau nak salahkan kami?” Amir bersuara.

“Ah!! Diamlah!” Jan terus melangkah keluar dari rumahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience