BAB 22

Romance Completed 8311

Alamak, dah lambat. Jam ditangan di tengok sekali lagi. Dah nak masuk Maghrib. Sekejap lagi mesti azan. Langit dah gelap. Syah dah rasa tak sedap hati.

Dari jauh dia nampak sekumpulan mat motor di depannya. Kenapa jiwa rasa tak tenteram ni?

“Feewwiitt!” Motor LC itu diberhentikan di depannya. Syah terkaku.

Entah bila, Syah dikepung oleh mat-mat motor tadi.

“Hai, awek!” Si baju hitam menegur Syah yang jelas ketakutan.

Yang menumpang si baju hitam, turun lalu ditarik beg Syah. “Teman abang malam ni, sayang.”

Syah rasa macam nak pitam tapi dia tak mahu pitam. Kejap lagi tak pasal dia diculik.

“Tolonglah jangan kacau saya. Saya nak balik.”

“Siapa kacau sayang? Cakap kat abang, meh. Balik rumah kita ke, sayang?”

Lelaki itu ketawa berdekah-dekah.

Syah rasa nak menangis tapi dia tak mahu menangis. Dia bukan perempuan lemah! “Woi, jangan kacau akulah!”

“Wow, garang! Buat abang geram je dekat sayang!” Pipi Syah dielus perlahan.

Syah menepis tangan kasar itu. Ya ALLAH, bantulah aku. Sesungguhnya aku tidak rela disentuh oleh mereka yang tidak halal bagiku. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk melawan mereka. Aku rela mati dari maruahku tergadai. Ya ALLAH, bantulah aku.

Tiba-tiba sebuah Suzuki Swift berhenti di bahu jalan seberang sana.

Cermin tingkap kereta itu diturunkan.

Jan! Syah mengucap syukur kepada Ilahi kerana menghantar Jan untuk membantunya. Syah merenung Jan dari jauh. Dia tahu Jan akan menolongnya.

Jan baik!

“Lu apahal pandang-pandang, bro?” Si baju hitam menjerit dari atas motornya pada Jan.

“Relax, bro. Aku pandang je kot.” Jan ikut sama menjerit. “Have a great ‘dinner’!” Jan menjerit sekali lagi sebelum dia meluncur laju meninggalkan Syah yang terkaku dengan kata-katanya. Have a great dinner?

Jan, kenapa kau tak selamatkan aku? Kenapa kau cakap macam tu?

“Sayang. Kenapa diam ni? Jom ikut abang.” Si baju biru bersuara. “Kita have fun sama-sama.”

“Bodoh!” Jerit Syah, kuat.

“Hah?” Terdiam mereka semua. Kuatnya suara dia. Tadi slow je.

“Jan bodoh! Jan sangat BODOH!!!” Syah terduduk terus di atas tanah.

Kebetulan, ada sebuah kereta lalu di situ. Bertempiaran mat-mat motor itu lari saat seorang lelaki separuh abad lengkap berkopiah turun dari kereta itu.

“Anak tak apa-apa?”

Syah diam tak berkutik. Have a great dinner, Jan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience