BAB 25

Romance Completed 8311

Seminggu berlalu. Syah pun dah kembali bersemangat dalam kelas. Dah dua hari dia mengelak dari bertembung dengan Jan. Hatinya masih sakit. Syah mengeluh dan seketika dia menyentuh lembut kain baju kurung yang dipakainya. Tadi dia capai baju kurung ungu yang telah diberi oleh arwah mamanya. Dia teringat semula perbualannya dengan Ain pagi tadi.

“Kau nak pakai baju ungu ni?”

“Yup.” Syah angguk.

“Dah lama kau tak pakai baju ni.”

“Aku rindu mama sangat hari ni. Sangat-sangat rindu.” Dada terasa sebu.

Ini baju terakhir pemberian mama sebelum mama tinggalkan dia.

Ain usap bahu Syah. “Sorry, Syah kalau aku buat kau sedih.”

“Tak apa. Kau nak tau tak Ain. Hari yang aku kena kacau tu, aku ingatkan aku akan ikut mama tapi Allah panjangkan nyawa aku supaya aku temankan abah dekat sini.” Air mata dah mengalir.

“Jangan menangis macam ni, Syah.”

“Aku rindu mama, sangat. Aku mimpi mama malam tu. Aku nak mama peluk aku, Ain. Aku nak mama tenangkan aku.” Syah dah teresak-esak di bahu Ain.

Ain usap kepala Syah. Impak kejadian hari tu memang kuat untuk Syah bawa. Syah jadi lemah semangat. Dia sudah tidak sekuat dulu. “Mama kau mesti sedih kalau tengok kau macam ni, Kuatkan semangat, Izzati Aisyah.”

“Aku nak mama panggil aku macam dulu. Aisyah, anak mama. Aku rindu mama.” Air mata Syah mengalir lagi.

“Termenung!” Syah tarik nafas, ingatkan siapa. Ain rupanya. Habis hilang semua lamunan tadi.

“Tak adalah.” Syah sengih.

“Kenapa duduk belakang sangat hari ni?”

“Saja.”

“Kau nak lari dari Jan, kan?”

“Apahal kena lari pulak? Bukan main kejar-kejar pun.” Syah sengih bila Ain dah buat muka masam. “Aku tak ready nak tengok muka dia.”

“Faham.” Ain terus gosok bahu Syah. Macam tahu-tahu je Syah tengah sedih. Ain pasang MP3 player. Syah pulak tekun membaca nota bila nampak Jan dah masuk kuliah. Buat-buat membaca tapi satu apa pun tak masuk.

“Ain.” Pemain MP3 Ain ditarik perlahan.

Ain berpaling pada Syah. “Kenapa?”

“Nak pergi kedai sekejap. Nak air.”

“Ni air aku ada ni.”

“Tak nak. Nak air lain.”

Ain angkat kening. “Cerewet!”

“Biarlah. Aku turun kejap.” Laju Syah berlari keluar dari pintu belakang.

Sejurus selepas Syah keluar, Doktor Khairul dah pun menapak ke dalam DSJ.

Ain tepuk dahi bila nampak Dr. Khairul. Ah, sudah! Macam mana budak tu nak masuk ikut pintu belakang? Dr. Khairul ni spesies suruh orang masuk ikut pintu depan. Ain keluarkan telefon bimbit dan jarinya laju menaip mesej.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience