BAB 1

Romance Completed 8311

“Syah, kau serius ke?” Syah berpaling pada Ain yang di sisinya.

“Serius apa pulak kau ni?”

“Serius ke kau nak tolong budak Jan tu?”

Syah angkat kening. “Kenapa aku nak main-main pulak? Aku serius nak tolong dia. Aku tak sanggup tengok dia jadi cicak kepanasan.”

“Cicak kepanasan?”

Syah garu kepala. “Salah ke?”

“Cacing kepanasan la mak cik.” Syah mengaduh kesakitan saat kepalanya diketuk dengan fail.

Jan atau nama sebenarnya Muhammad Izhan Zakaria budak nakal di Universiti Malaysia Terengganu. Sebutlah namanya, semua orang pasti kenal. Ponteng kelas nombor satu, cari pasal dengan pensyarah dan semuanyalah. Masuk tahun ni dah dua semester dia mengulang pelajaran.

Jan sebenarnya budak pandai, tiap semester dapat Dekan tapi entah kenapa semester terakhir ni dah dua kali dia mengulang. Kenapa dia repeat? Semua orang tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience