BAB 33

Romance Completed 8311

Kertas terakhir sedang dikutip oleh pengawas peperiksaan. Dewan Sultan Mizan sunyi sepi. Syah mengeluh. Lepas ni, entah bila aku boleh jumpa Jan lagi. Jan, pusinglah belakang. Tengok Syah ni. Nanti Syah rindu Jan.

Tiba-tiba Jan berpaling ke belakang dan Syah terus pandang Zatie di sebelahnya. Kuatnya telepati. Jan meraup muka. Alahai, aku kena buat jugak kalau tak sampai bila-bila aku takkan jumpa dia lagi. Maybe time konvo boleh jumpa tapi time tu dia mau ke jumpa aku? Sekarang pun aku tengok dia, dia tengok tempat lain. Marah lagi nampaknya.

“Para pelajar, sila tunggu sebentar.” Suara Dr. Khairul dari atas pentas memecah kesunyian malam itu.

“Muhammad Izhan bin Zakaria. UK26478. Sila naik ke pentas sekarang.”

Syah terkejut. Eh, bukan Syah je. Semua terkejut. Semua tengok langkah Jan yang menapak ke pentas.

“Psst.. Syah.”

Syah berpaling pada Ain yang memanggilnya dari depan.

“Kenapa?”

“Jan meniru ke?”

Syah telan air liur. “Entah.” Bahu diangkat. Takkan Jan nak meniru pulak.

Sementara itu, di atas pentas.

Dr. Khairul menyerahkan mikrofon kepada Jan. “You better make it fast.”

Jan angguk. Dia renung semua student yang turut merenungnya. Mak aih, kenapa ketar lutut ni?

“Ehem... testing... testing...” Suara Jan menimbulkan gelak tawa semua orang.

“Assalamualaikum dan selamat pagi.” Jan berhenti seketika sebelum menyambung. “Firstly, aku nak minta maaf sebab curi masa korang sebelum korang balik. Aku tahu, mesti excited kan nak balik? Aku je kot yang tak excited.”

Jan gosok belakang tengkuk. Skrip yang dia hafal sejak semalam dah hilang. Dia dah rasa peluh merenik di dahi walaupun DSM ni dah sejuk tahap gaban. “Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa aku berdiri kat sini, berucap macam nak suruh korang undi aku, kan? Aku sebenarnya nak bagi tahu korang semua kenapa aku sanggup repeat dua sem, kenapa aku sanggup duduk belajar lagi dalam UMT ni dan kenapa aku sanggup menghadap muka lecturer yang pernah mengajar aku sebelum ni.”

Syah diam je. Khusyuk dengar butir bicara Jan.

Jan tarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

“Setahun lepas, aku ejek kawan-kawan aku bila dia orang tuding-tuding jari tunjuk perempuan mana entah yang dia orang suka. Dalam mengejek tu, aku ternampak seorang perempuan berbaju kurung ungu. Dan tiba-tiba jantung ni berdetak laju.” Semua ketawa kecuali Syah.

“Dalam diam aku tekadkan dalam hati untuk jejak langkah budak tu yang rupanya junior aku. Batch korang tapi batch korang ramai yang baju ungu. Yang pasti, baju kurung dia sangat cantik di mata aku.” Jan senyum segaris.

“And as the time pass by, aku tak pernah jumpa dia. Sampailah aku satu kelas dengan korang, aku still tak dapat cari budak tu. Dalam aku mencari budak tu, aku dapat amaran pasal penggantungan pelajaran and then, ada seorang budak perempuan datang menghulurkan bantuan dekat aku.”

Jan berdehem sebelum menyambung.

“Mulanya aku rimas. Aku serabut. Tiba-tiba datang bagi bantuan padahal aku tak mintak. Last-last, aku bagi jugak dia tolong aku tapi situasi terbalik bila aku yang sebenarnya tolong dia. Dalam diam, aku tertarik dengan dia, tertarik dengan perangai lurus dia, dengan sikap kelam-kabut dia, tertarik dengan muka dia yang serius bila buat kerja. Dan dalam sekelip mata, si baju kurung ungu lenyap dari ingatan aku.”

“Tapi aku jahat. Sangat jahat! Sebab aku tak tahan diprovok dengan kawan serumah aku, aku buat rancangan untuk buat dia benci aku. Dan yeah, rancangan itu berjaya. Sangat berjaya sampai dia langsung tak nak tengok muka aku, langsung tak nak cakap dengan aku. Bila dah jadi macam tu, aku mula rindu. Aku mula tahu apa isi hati aku tapi aku tak mampu luahkan.”

Syah segera bangun. Muka terasa panas. Dia nak keluar dari DSM.

“Aisyah?” Langkah terhenti.

“Banyak lagi benda yang Jan nak cakap.”

Syah rasa malu tiba-tiba. Ei, Jan ni! Orang malu tau tak.

“Jan nak minta maaf pasal sebelum ni. Pasal semua benda. Yang marah-marah Syah. Yang buat Syah menangis. Upah orang kacau Syah. I’m really sorry. I’m not good with words, Syah.”

“Apa Syah, Syah?” Syah berpaling.

Jan garu kepala. “Takkan nak panggil Izzati.”

“Tadi elok je panggil Aisyah. Kenapa panggil Syah pulak?” Syah mencerun.

Jan dah menapak turun. Syah dah gelabah. Ah, sudah. Janganlah turun. Dok jelah kat atas pentas tu diam-diam.

“Marah Jan?” Tanya Jan bila dia sudah pun berada di depan Syah.

Angguk.

“Benci Jan?”

Geleng tidak. Angguk pun tidak.

“Sayang Jan?”

Hampir dia mengangguk namun dia cepat-cepat menggeleng.

Jan senyum.

“Tapi kan, Jan sayang sangat dekat Syah.” Perlahan suara Jan. Syah terkaku. Dahi terasa basah. Nervous. Nervous.

“Izhan? Tak habis lagi ke? Kami dah nak balik ni!” Suara Dr. Khairul memecahkan kesunyian DSM.

Jan kerut dahi. “Kacaulah doktor ni.”

Syah ketawa melihat kerutan di dahi Jan. “Dahlah, nak balik.”

Syah terus berlalu meninggalkan Jan termangu sorang-sorang di situ. Dan pelajar lain juga turut keluar meninggalkan dewan. Jan kaku. Dia blah macam tu je? Tak apalah Izhan, dah nasib kau. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu dewan.

“Jan, kenapa lambat sangat jalan? Cepatlah.” Jan angkat muka. Izzati Aisyah tersenyum padanya.

“Ingatkan tinggalkan orang sorang-sorang tadi.” Perlahan suara Jan kedengaran.

“Apa?” Syah angkat kening.

“Tak ada apa-apa.” Jan menikus. Dia tak takut tapi entah kenapa, dia tak berani angkat muka namun dia lega teramat sangat. Fiq! Lee! Aku dah dapat budak baju kurung ungu!

“Sorry Jan tak ingat muka Aisyah dulu. Muka Aisyah penuh darah dulu sebab tu Jan lupa.”

Syah cuma angguk. Ada sesuatu yang bermain di fikiran sebenarnya. “Jan.”

“Ye?”

“Siapa budak baju kurung ungu tu?”

“Siapa yang pakai baju ungu sekarang?”

Syah tengok baju kurung pemberian arwah mamanya.

“Syah? Syah budak baju kurung ungu?” Dia tuding jari ke arah diri sendiri.

“Yes, you are.” Jan senyum malu dan terus berjalan laju ke hadapan.

“Jan.”

“Ye?”

“Syah suka Jan.”

Dan mereka sama tersenyum malu. Macam ni ke rasanya cinta berbalas. Rasa nak terbang-terbang.

“Aisyah.” Syah tengok Jan. Alahai, lembutnya suara dia panggil aku.

“Petang ni siapa ambik?”

Syah tiba-tiba rasa sayu. Dah nak balik. Sedihnya! Tak boleh jumpa Jan dah.

“Abang ngah.”

“Pakai baju ungu ni tau. Jan nak jumpa abang ngah Aisyah.”

“Kenapa?”

“Mestilah nak jumpa bakal abang ipar. Senang sikit time meminang nanti.”

Jan terus berlalu meninggalkan Syah yang terlopong dengan jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience