BAB 3

Romance Completed 8311

Syah termenung. Suara Dr. Izwan macam masuk tak masuk saja ke dalam telinganya. Matanya memandang terus ke arah Jan yang dengan selambanya tidur di dalam kuliah itu.

“Izzati Aisyah! Apa awak termenung tu?” Hah, sudah. Direct kena sound.

Wajah Syah dah pucat. Jan pula dah terpisat-pisat dengan suara Dr. Izwan yang kuat.

Jan berpaling ke belakang. Saja mahu melihat wajah pucat Syah. Heh, itulah. Nak tolong aku sangat, sekali dia yang kena. Apalah perempuan ni.

“Izhan, awak jangan nak pejam mata balik. Dari tadi saya perhatikan awak. Saya tak suka student saya tidur dalam kelas.” Suara Dr. Izwan memetir lagi.

Jan buat muka. Ni semua sebab minah tulah. Dok termenung apa entah, sekali dengan aku kena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience