BAB 14

Romance Completed 8311

“Ain, I’m sorry.” Syah berdiri di pintu manakala Ain berbaring sambal membaca novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea.

Ain letak buku atas katil dan terus melangkah mendekati Syah. “Aku pun nak minta maaf.” Syah tergamam saat Ain memeluknya erat. “Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak patut layan kau macam tu kan? I’m not a good friend.”

“Tak maulah nangis. Tak cantik dah.” Syah tepuk bahu Ain. “Ain, aku sayang kau tapi kau jangan layan aku macam tu lagi. Aku tahu aku lurus tapi jangan layan aku macam orang bodoh.”

“Sorry sangat. Aku jadi macam ni sebab Hadi. Sebenarnya Hadi minta putus dengan aku sebab dia tersuka kau bukan sebab dia ada perempuan lain. Aku jadi marah, aku jadi kecewa. Jadi aku layan kau macam tu tapi aku tak boleh salahkan kau. Hadi yang suka kau bukan kau yang suka Hadi.” Syah terkedu dengan pengakuan Ain. Patutlah Ain layan Nabila baik je, aku dia layan macam kain buruk padahal aku lagi lama kawan dengan dia berbanding Nabila.

“Sudahlah. Benda dah lepas. Lupakan je.” Syah bersuara perlahan.

Perasaan terkilan disimpan kemas dalam hati. Biarlah aku beralah lagi.

Aku tak rugi apa-apa.

“Thank you, Syah.”

“Welcome.” Syah tersenyum pada Ain yang mengesat matanya.

“Syah, er... kau, tak suka Hadi kan?” Syah tersentak.

“Tak. Aku tak suka Hadi.”

Ain mengangguk. “Dah tu, kau suka siapa?”

Syah sengih. “Aku suka diri aku je.”

“Jan?”

Sengih Syah mati. “Skip that question.”

“Syah! Aku nak tau sangat-sangat kenapa kau nak tolong Jan.”

Syah mengeluh. “Panjang ceritanya.”

“Pendekkan.”

Syah angkat bahu. “Well, the story starts when we’re in our second year...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience