BAB 27

Romance Completed 8338

Satu petang yang damai.

“Weh, aku suka perempuan yang pakai macam tu. Pergh, cun siot!” Afiq menuding jari ke arah seorang gadis berbaju kurung merah hati dengan labuci-labuci di tangan.

“Labuci kot. Berat weh, berat!” Lee gelak. “Aku suka yang macam tu. Fuh, ayu!” Lee pulak menuding jari ke arah seorang gadis yang turun dari tangga.

“Bisinglah, oi. Korang tunjuklah macam mana pun. Tak akan ada orang nak kat korang dua orang.” Jan gelak.

“Ceh, kata kat orang. Hang ingat hang boleh dapat ka awek? Hang muka macam tongkang pecah!” Afiq yang pekat bahasa utaranya saja mencabar Jan.

“Agak sedap bahasa kau tu! Aku tak pandanglah perempuan macam-macam tu semua. Pakai mengalahkan artis. Pergi kelas je pun, bergaya macam nak pergi majlis anugerah.” Jan gelak bila Afiq tarik muka. “Kalau aku nak suka someone, she must be someone like her.” Jarinya dituding ke arah satu arah tanpa dia melihat siapa yang dia tunjuk.

“Ceh, plain gila pilihan hang. Boleh cari kat mana-mana ja ni. Pasar Payang banyak style macam ni.” Afiq dan Lee ketawa melihat perempuan pilihan Jan.

Jan berpaling. Dan tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Cantiknya baju kurung warna ungu tu. Walaupun dia tak nampak wajah orang yang memakainya, dia terasa seolah-olah dah jatuh hati padanya.

“Awat hang diam?” Jan terasa kakinya disepak. Terus dia berdehem.

“Kau dah minat perempuan tu, eh?” Lee gelak-gelak.

“Diamlah wei.” Jan dapat rasa mukanya merah sendiri.

“Tudia, hang sekali minat. Teruih minat hat style lagu tu.”

“Fiq, tutup mulut sebelum aku kasi penumbuk.”

Afiq ketawa. “Kalau tak salah aku, tu budak junior kita. Sekarang dah tahun tiga.”

“Macam mana kau boleh kenal?”

“Tadi aku nampak muka dia. Lagipun, dia ahli aktif Food Science Club.”

“Aku tak pernah nampak pun.” Jan garu kepala.

Afiq terus gelak. “Hang nak nampak macam mana? Time dinner FSC, hang tak pi pun. Melepak elok dalam bilik. Time perjumpaan FSC pun, hang pi ronggeng dengan Lee dekat Syahbandar.”

“Ni kenapa nama aku naik ni.” Lee tolak bahu Afiq.

“Apa nama budak baju kurung ungu tu?”

“Alamak, aku tak ingat bhai! Kalau tanya si presiden, maybe dia ingat.”

“Tak nak aku tanya dia.”

Lee tersengih tiba-tiba. “Kenapa kau tanya nama budak tu? Nak add kat Fac la tu.” Terus Afiq dan Lee bantai gelak dekat Jan.

“Diamlah, korang!” Terdiam terus dua manusia tu.

“Jan, kau nak aku tanya dekat si presiden?”

“Tak payah. Biar aku cari sendiri, siapa dia.”

“Kau bukan kenal pun budak tahun tiga.” Lee hirup Lipton Ice Lemon Tea di atas meja

“Aku bagi kenal.”

“Macam mana?”

“Aku nak repeat semester ni dengan semester depan.”

“What?”

“Aku nak bagi sama kelas dengan dia.”

Afiq pegang dahi Jan. “Kau demam ke?”

“Aku sihat. Alhamdulillah.”

“Tanya si presiden sudahlah! Tak payah nak repeat bagai.”

“Aku nak cari dia guna usaha aku sendiri.” Afiq dan Lee terus tak jadi nak gelak. Jan serius kali ni. Betul-betul serius! Dan kerana keseriusan itulah, dia terdampar di sini. Bila Afiq dan Lee graduate, dia datang menyibuk je. Dia nekad nak repeat. Hanya kerana si baju kurung ungu! Dan sesuatu yang tidak disangka terjadi, orang yang dia nak cari sangat-sangat tu rupanya Syah. Izzati Aisyah! Si Syah yang dia rimas sangat tu. Si Syah yang buat dia kena ejek dengan budak-budak setahun jagung tu. Si Syah yang buat hidup dia serba salah sejak timbul kes Syah kena rogol dan Si Syah yang buat dia rasa rindu bila dekat seminggu lebih tak bersua muka. Nak bersua muka? Ceh, kau tolong dia pun tak malam tu. Ada hati nak bersua muka bagai. Simpan jelah hasrat kau tu. Jan mengeluh dengan kata hati sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience