BAB 6

Humor Completed 2123

Aku menyenduk meringue tersebut ke atas dulang yang telah dilapikkan dengan parchment paper untuk dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 155 darjah celsius.

Acuan meringue dibahagikan kepada dua bahagian dan dibentukkan bulatan. Tetapi entah bentuk apa yang telah aku buat ni, seperti lubang lumpur. Redah je la.

Aku pun memasukkannya ke dalam oven dengan set masa 1 jam setengah. Lamanya ….. sabar yo la. Nanti kalau diubah masanya, memandai-mandai, derhaka resepi pula sedangkan ini percubaan pertama.

Kalau rentung pun meringue itu, aku pasrah sambil membuat gaya menyilangkan jari.

Tinggg ….. yeay, selepas jenuh menunggu, ovenku berbunyi. Kek sudah siap. Aku biarkannya sejuk sebentar di atas dapur. Bau sudah harum semerbak hingga ke ruang tamu. Adikku bising.

“Bang Zal, bila nak siap?”. Aku tidak menghiraukannya.

Setelah kek itu sejuk aku menyimpankannya di dalam bekas kedap udara. Badanpun sudah letih. Kelopak mataku sudah berat untuk diangkat lagi. Bantal dan tilam empukku sudah seperti memangil-manggilku ketika ini.

Setibanya subuh, selepas solat, aku menghiris kiwi nipis-nipis untuk lapisan pertama pavlova.

Anggur-anggur hitam dibelah dua untuk disusun di atas kiwi itu nanti.

Aku bangga kerana hasilnya lebih baik dan mewah daripada potongan pavlova yang aku makan semalam. Kalau jual, pasti aku punya lagi mahal. Aku syok sendiri.

“Adik!”, jerit aku. “Kalau hendak cepat tolong abang”. Adik aku yang sedang menyiapkan kerja rumahnya pun berlari ke dapur.

“Eleh, semalam sombong”, adikku mendengus.

“Cepat-cepat kacau whipped cream tu dengan mixer”, aku segera mencelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience