“Ha, sebab itulah aku pesan benda ni. Aku nak kau rasa. Tapi kau jangan terkejut, isteri aku lagi hebat buat benda ni tau. Dialah yang memaksa aku makan kek ni semasa ulang tahun perkahwinan kami tahun lepas. Kau tau-tau sahajalah aku kurang gemar makanan manis ni. Meja yang sama kita lepak ni. Tetapi, sejak makan kek ini tahun lepas, selalu jugalah aku minta bini aku buat lagi dan lagi sendiri. Nak datang sini selalu manalah mampu kami Zal. Mesti menyesal dia ajak aku makan dulu tu. Puas aku makan kek ni kat rumah. Kalau kau hendak tahu, inilah kek Pavlova namanya, antara pencuci mulut yang memang terkenal di Australia dan New Zealand”.
“Amboi, tinggi betul aras pengetahuan kau, Lee. Hebat”. Aku pun mengambil garfu untuk memotongnya sedikit sambil terpikir di dalam hati yang si Lee ni beriya-iya sahaja.
Mesti dapat komisen dengan tauke kedai tetapi jangkaan ku meleset kerana sekali aku potong lalu menjamah dan merasai kek tersebut, satu perasaan aneh tiba-tiba muncul. Perasaan yang sukar untuk digambarkan.
“Fuh, cair beb kat mulut. Buah-buah strawberi dan kiwinya pun segar. Walaupun masam tapi seimbang dengan kemanisan kek ini. Terbaik. Best….. best….. best….two thumbs up”.Terus terawang-awang dibuatnya kerana asyik….. asyik… asyik….. tiba-tiba lagu dangdut Amelina bermain-main dalam fikiranku.
“Lee, hebatnya orang rumah kau buat benda ni, macam susah jer, rumit bro. Tak pernah aku makan kek serapuh ini yang di bahagian tengahnya lembut bertekstur marsmallow. Buah-buahnya yang segar memang meleleh la si pencinta kek. Ha… bolehlah aku selalu datang rumah kau. Dapat makan pavlova selalu. Jangan risau, aku tak kacau isteri kau yang cantik bak primadona itu”. Aku berseloroh. Tetapi riak muka Lee berubah.
“Argh, kalau nak makan, datanglah ke restoran ni hari-hari”. Aku memintas kata-katanya untuk mengelakkan situasi tegang berlaku.
“Eh, berapa harga satu potong kek ni, Lee?”.
“Mahal la Zal, RM18. Baik kau buat sendiri”
“Mak oi, awat mahal bebenor harga untuk sepotong kek ni. Saiznya pun kecil sahaja. Isy, tak jadi aku nak belanja kau. Bayar lah sendiri”. Aku ketawa sinis.
Share this novel