BAB 5

Humor Completed 2123

“Aduhai, basah ketiak nak asingkan putih telur ni, dah lima kali cuba asyik pecah je kuningnya. Dah diingatkan dalam resepi tu jangan sekali-kali putih telur bercampur dengan kuning ataupun kulit telur. Tidak cantik nanti hasilnya dan tidak cukup kembang kek itu nanti”.

Tiba-tiba mataku tertatap pada alat pengasing putih dan kuning telur. Aku pernah melihat mamaku menggunakannya.

Aku mengeluh. Kalau aku perasan awal-awal alat itu pastinya telur-telur gred A ku tidak membazir. Harganya pun mahal sedikit berbanding dengan telur biasa yang lain, tetapi beza 20 sen je. Berkiranya aku ni. Aku bermonolog.

“Zal, ko buat apa kat dapur tu? Bising”. Mamaku sudah mula bersuara. Ingatkan hendak buat kejutan kepada mereka. Jadi aku melarang mama, papa dan adik perempuan untuk ke dapur.

Selepas mengacau putih telur sehingga kembang. Aku mencampurkan acuan dengan setengah cawan gula kastor dan pukul lagi sehingga putihnya bertanduk.

Walaupun dalam resepi, penulis menggunakan satu cawan gula kastor, aku tidak gemar kek yang terlalu manis. Jadi aku cuba jaya sahaja mengikut isi hati. Setelah selesai mengacau, aku cuba terbalikkan mangkuk tersebut.

Kalau acuan melekat pada mangkuk, kira cukup kembanglah tetapi jika terjatuh mencurah ke kepalaku, itu bermakna aku ditakdirkan tidak sesuai berada di dapur ini lagi, bolehlah kemas barang-barang, tutup suis oven dan abaikan niat murniku ini. Nasib baik melekat.

Acuan inilah yang dipanggil meringue, dikatakan berasal dari Meiringen, sebuah perkampungan Swiss di Switzerland.

Selepas itu, aku pun memasukkan satu sudu besar tepung jagung, Kacau sekejap dengan senduk. Masukkan pula setengah sudu kecil cuka dan esen vanilla. Kacau lagi.

Waduh…waduh…enak, baunya sama seperti yang ku makan di restoran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience