BAB 3

Humor Completed 2123

“Kejamnya”

“Aku gurau je lah, akukan dah janji nak belanja kau harini. Tapi janji, lain kali belanja aku pula”

“Ye la, ye la”

Kami pun pulang ke destinasi masing-masing selepas menunaikan solat maghrib. Lee tidak boleh pulang lewat malam memandangkan isterinya sarat mengandung.

Aku je lah yang masih bujang trang tang tang ni. Lambat balik pun tak mengapa. Dengan umur yang sudah menjangkau 30 tahun ini, isu pulang lewat ke rumah ibu bapaku bukan lagi permasalahan besar jika hendak dibandingkan masa zaman-zaman persekolahan dulu.

Jika waktu azan maghrib telah berkumandang, aku baru terpacul di pintu rumah selepas leka lepak bermain permainan video di rumah kawan-kawanku, pasti surat khabar yang sudah siap digulung ketat akan dipegang erat oleh bapaku.

Aku hanya mampu berserah ketika itu dan menunggu sahaja apa yang akan terjadi seterusnya.

Dalam perjalanan pulang ke Seremban, aku singgah di sebuah pasar raya yang terkemuka. Istimewanya pasar raya ini adalah waktu tutup perniagaannya pada pukul 1.00 pagi setiap hari.

Jadi mudah untuk pelanggan seperti aku yang gemar membeli barang-barang larut malam. Lebih aman dan tenang suasananya. Sebelum keluar dari kereta, aku bertanya dahulu kepada uncle Google tentang resipi Pavlova.

Entah dari mana roh nak membakar kek meresap ke dalam jiwaku malam ini sedangkan sebelum ini pegang mixer pun tak pernah. Tetapi barang-barang seperti oven dan mixer sememangnya telah lama dibeli, angan-angan dulu, buatnya entah bila. Jadi akibat penangan Pavlova, semangat berkobar-kobar pula muncul malam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience